As planned, we went to Ipoh followed by sarah and fazril (another IT guy yang ikut masa pergi steamboat ritu) 🌻
Pagi sabtu lepas subuh tu aku pujuk sarah suruh teman. Nasib lah maunya sarah ikut fuhhhhh thanks frenz!! 🐥 lepastu aku pergi buang sampah kat luar sebab selalu hari sabtu lori sampah akan datang kutip, dahtu rajin pulak nak mencakar sampah kat luar hahahaha segan do kalau Fila datang ambil nanti. Ni semua sebab monyet suka sangat sepahkan 😤 lepas dah buang sampah, mandi semua ha macam biasa lah siap siap pakai outfit yang dah siap pilih awal pagi tadi (unfortunately I chose wrong top as it made me look big and fat walaupun aku sebenarnya memang fat hahaha). Sarah pulak tengah tunggu baju siap basuh guna washing machine untuk disidai. Tetiba Fila whatsapp bagitahu dia dah otw omg!!! Aku pun suruh lah dia drive slow2 sebab tak siap lagi and y'know whaaaaaaat 1 mins after that dia kata dah ada depan hospital which is 3 mins from our rent house ha ko rasa?!?!?!?! 💆🏻♀️ dia call pulak tanya kat rumah ada tempat kosong tak untuk park kereta sebab tetiba fazril suruh naik kereta dia, tak jadi pergi asing. Nasib le diba balik kl, ada lah tempat kosong. Tu pun kabut gak bersihkan kat luar HAHAHAHAHA aku dengan sarah dah tergelak gelak dah 😂 masa Fila datang tu ya Allah stress aku dibuatnya sebab monyet dah kombahkan semua sampah yang aku kemas eyyyyy geram aku!! Nasib lah ko monyet 🐒
Then, as planned we went to Ipoh 🙆🏻♀️ sepanjang perjalanan tu aku tak cakap sangat sebab entah lah, tak tahu nak cakap apa. Segan. Aku curi curi pandang je Fila thru side mirror tapi banyak kali terkantoi hahahaha tak reti cover camni lah. First destination definitely Seoul Garden kat Aeon Ulu Kinta disebabkan dari haritu Fila asyik duk cakap kat aku dia nak makan situ ha jadi ikutkan jelah. Aku dah siap kosongkan perut dari petang jumaat sebab nak makan bebanyak tau!!
Macam haritu dia selalu letak makanan kat pinggan aku yang buat aku flutters (sorry lah tak pernah ada orang buat camni lah katakan). Tapi aku jealous sebab dia letak kat pinggan sarah jugak 😤😤😤 satu masalah aku dari dulu is aku boleh tahan kuat jealous gak lah huhu. Bayangkan lah aku boleh tak tegur ain kskb for 2 weeks sebabkan dia tetiba minat kang daniel sampai cakap kangdan is her boyfriend (doesn't she knows yang I like kang daniel much longer than her 🙄). Nampak lah teruknya tahap jealous aku nih. Cukup lah kot iklan sekejap tu. Okay jom sambung balik. Lama gak kitorang makan kat situ dalam 2 jam 30 mins camtu memang perut aku dah tak rupa perut dah. Dah macam ibu-ibu mengandung gamaknya 😂 lepas habis makan tu pergi solat dulu then kitorang singgah kejap kat mph sebab aku nak beli novel. Hiks as recommended by fazril, aku pun beli lah yang ni.
Dahtu next destination was Gunung Lang ⛰ sarah's reaction and mine was like what kita nak pergi panjat gunung ke? Okay rupanya tak payah panjat pun lol. Taktahu nak describe tempat tu macam mana tapi it's more to taman lah. Breathtaking view 💛 very calming to the soul. Kitorang naik bot hehehe best!!
Kalau mana yang kenal aku, tahu lah aku jenis yang bukan selfie (jarang lah aku selfie) atau suruh orang ambilkan gambar kalau jalan jalan. Jadi aku segan lah bila Fila nak suruh aku bergambar. Mati mati aku tolak. Sumpah memang aku tak reti. Kalau bergambar ramai ramai tu boleh tahan lagi, tapi kalau sorang hm no thanks!! 😌 mesti dia rasa aku ni bosan kan huhuhu. Tapi dia banyak lah ajak selfie aku cam ha okay lah whatever as long as bukan aku kena posing, I'm good. I envy sarah sebab dia photogenic gila and she's prettyyyy 😭
Last destination of the day was MAEPS Ipoh 🎪 I had no idea what it looks like sebab aku tak pernah tahu apa itu maeps. Rupanya tempat untuk ambil gambar. Tempat tu cantik sangat but since I'm not into taking pictures kan jadi useless lah untuk aku ni huhu. Tapi since ada Fila, aku happy cewah. Acah gila 😂 tapi yang kelakarnya sebab masa fazril duk sibuk ambil gambar Fila, aku perhati je dia hahaha pastu aku pergi kat sarah pastu cakap "weh comelnya dia!!!!" Sarah cakap aku sakai hahahaha bengong 😛 sorry do haritu masa kau jumpa crush kau pun kau cakap camni gak lol.
I wasn't that happy lah idk. I was happy because I could see him, but for some reasons I just didn't feel truly happy inside. Overthinking and insecurities. Baliktu aku nangis, eh salah. Dari dalam kereta lagi aku nak nangis. Tapi aku tahan.
Aku marah kat diri aku sebab aku tak dapat nak let out my true self - macam mana aku rasa comfortable dengan family aku, aku masih tak boleh nak rasa macamtu kat Fila. Well, aku baru kenal dia kejap je so boleh faham lah jugak. Especially aku ni jenis tak bergaul sangat dengan orang kan haha and I've problem with communication. Aku marah sebab aku tak boleh jadi sporting macam orang lain. Aku marah kat diri aku sebab tak cantik macam sarah (insecurites and lack of self-love aih). For the whole day aku rasa macam buruk sangat sangat sebabtu aku upset gak lah. Aku marah sebab aku tak banyak cakap and wasted those precious moments without talking to him. Rugi. Ish rugi.
Aku marah sangat sangat dengan diri aku sampaikan teruk jugak aku nangis. Bengkak gak lah mata jadinya hmm.
I just wasted a day yang patutnya aku enjoy haih faham tak!!!! May next time become a better hang-out for all of us 😌
Harapnya ada next time lagi untuk aku ☹
Ps:/ I only looked at him the whole dayyyyyy and since then, aku suka Fila lagi banyakkkkkk
Till then xoxo ciao! 💖
Awww Aida awak cantiklah *but now worries we all have insecurities :')
ReplyDelete* and sameeeeee sampai sekarang taktau nak comfortable cane lagi dgn my better half hahahha tunggu kawen dulula kot xD
Awwwwwh aliaa!!!! ;') hehehe
Delete