Posts with the label being a student
Showing posts with label being a student. Show all posts
Showing posts with label being a student. Show all posts

Friday, 8 September 2023

salam terakhir uitm

 Salam and hello gais! 🌿



Syukur Alhamdulillah berkat hari jumaat, pada hari 2nd monthsary aku & Fila, aku dapat results penutup semester sekaligus penutup degree yang baik dan mencukupi buat aku ☺️ tak mintak banyak, cukup sekadar habis degree ni dengan jayanya hahahaha mungkin ni kali terakhir salam uitm 🥹 alhamdulillah tengok A+ dekat pusat genius kurnia tu yang buat happy melambung 💞😭 sebab haritu masa present case study dengan therapist, encik H comment “wow hebat first presenter ni” “macamni yang kita nak, confident” “confident dia macam set2 hod tu” 🥹 so i kinda have high expectation lah sambil mengharapkan tak B 🥲 cuma sedih kit lah part research tu kan aih datin nyo toksey kasi kito A solid 😭 



Tapi Alhamdulillah mencukupiiiiii 🥰

Friday, 8 September 2023

salam terakhir uitm

done degree

 Salam everyone 🥰


How are you guys doing? Good? Glad to know that hehe 😚 kalau korang perasan dari awal aku start degree sampai lah ke halfway thru, aku selalu mengeluh dan cakap this course isn’t for me kan? Know2 dah habis degree u 🌹 


Sebenarnya dah sebulan jugak lah aku habis belajar (officially kot?) since dah present my research dekat uitm palam 🥹 rasa lega sangat walaupun tak tahu lah macam mana resultnya yang akan keluar esok??? 😭 harap dapat grad dengan pointer 3.0 keatas lah hshshshs 

dr akeh puji kata baju lawo gais 😂
my fans yall hahahaha 😛


my research poster

after career day

ome of my degree bestie, ainizz

thank you husband temankan! 😘

our research supervisor for 1 year++


My degree journey was indeed a rollercoaster ride 🎢 hard in the beginning but at the end it was fun all thanks to my mates 🫶🏻 lepas covid lah memang best sangat sebab rumah kiri kanan depan semua budak kelas heee bestttt 😍 memang setiap malam lah kitorang melepak aje kerjanya hahahaha kadang borak2 sampai tak sedar dah pukul 1 pagi 😌


Thank you so much to all my frenzzz Ainizz, Syidah, Piyah, Thirah, Alina, Anis, Aidad, Sarahsab, Zurain, Ziq, Tasha, Ezza, Thirr, Ainnad, Ainziqa, Yana, Jue, Ell, Sarah, Izni, Huda, Syerah, Syirr, Sue, Daus & Afiq 🌙 tanpa koranggg rasanya tak tahu lah macam mana nak survive huhu 🥲


Terima kasih sebab sudi menjadi groupmates assignment sepanjang 6 semesters & 2 semesters practical 🥺 susah senang bersama akan sentiasa diingati sampai bila2 ✨ semoga yang baik2 saja untuk korang semuanya hehehe moga jadi therapists yang berjaya 🫶🏻

done degree

Thursday, 29 July 2021

pbl test

Done with pbl test. It was so hard. I've been struggling with OT degree so much. Repeat one paper already and I feel I'll repeat another paper this semester. It is just too hard.


Rasa nak nangis, nak quit. Rasa malu bila classmates elok je pandai boleh buat, boleh jawab, boleh cakap lancar. But when it's my turn, I doomed.


Penat pun ada.


Tapi bila fikir nak quit, dah tu aku nak buat apa? Aku nak kerja apa? Walaupun I do have diploma in pharmacy but still fikir macam eh aku nak kerja apa kalau quit degree ni???? 


I love pharmacy especially job scope dia. OT is a good profession. Bantu orang sampai boleh jalan, boleh bergerak, boleh faham, boleh independent. Tapi the job scope is not so me faham tak? 


Aku dah lah nak bukak mulut ni ya Allah payah betul. Ni pulak nak cakap, nak assess orang dengan berapa ratus banyak assessment yang ada and buat intervention. Tapi working hour dia best sebab 8am to 5pm instead of pharmacy assistant ada shift malam and so on. 


Susahnya nak habiskan. Halfway thru, another halfway to go 💔

Thursday, 29 July 2021

pbl test

Thursday, 17 December 2020

probably my first and last as Pengarah Program masa degree

13 Disember 2020 – Persatuan Pelajar Pemulihan Carakerja (OTSA), Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah melabuhkan tirai bagi program Youth Entrepreneurship Sharing (YES) 2020. Program ini diadakan bertujuan sebagai satu platform kecil bagi para pelajar untuk lebih mendedahkan diri tentang bidang keusahawanan walaupun masih berstatus pelajar seterusnya menjinakkan diri mereka dalam bidang keusahawanan

 




Bersesuaian dengan pembelajaran norma baharu, program ini telah diadakan secara maya, melalui platform Microsoft Teams. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dengan kehadiran 148 orang mahasiswa UiTM Kampus Puncak Alam berserta 13 orang ahli jawatankuasa pelaksana daripada Persatuan Pelajar Pemulihan Carakerja. Program ini dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian Pemulihan Carakerja, Dr Padma binti A. Rahman. Penceramah jemputan Cik Nur Iylia Binti Malek merupakan Pengarah IyliaMalek Empire Sdn Bhd. Beliau telah berjaya menjual sebanyak 15,000 helai tudung dalam masa sebulan dan mencapai jualan RM1 juta dalam setahun. Antara isi perkongsian program yang berlangsung selama hampir 2 jam ini adalah tips-tips perniagaan sebagai dropship termasuk dari segi marketing, pengurusan kewangan, cara penyimpanan database customer dan langkah mudah close sale.

 


Para peserta turut berkesempatan mengajukan pelbagai soalan yang berkaitan dengan perniagaan ketika sesi soal jawab di hujung program. Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan berjaya menarik minat mahasiswa secara tidak langsung untuk terus berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Diharapkan agar menerusi program ini para peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam perniagaan masing-masing dan seterusnya membawa kearah kebaikan UiTM dan negara.

Thursday, 17 December 2020

probably my first and last as Pengarah Program masa degree

Monday, 30 September 2019

of bones and muscles

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful


Dulu masa diploma in pharmacy sem 2 ada belajar anatomy since then rasa suka sangat subject ni walaupun tahap menghafal macam nak mati hahahahaha 😂 aku punya tahap suka tu sampai aku buat research ada tak degree yang focus kat subject anatomy lol selalu dalam hati doa dapat belajar anatomy huhu

Masa dapat degree in occupational therapy memang excited sangat!! ❤ rasa macam ya Allah, tak sangka Allah makbulkan apa yang aku nak dulu 🥰 bersyukur sangat Alhamdulillah

Hehe sem ni focus on musculoskeletal anatomy yang macam ya ampun nak kena hafal bone marking, muscles origin insertion semua 💆🏻‍♀️ so damn hard tapi aku boleh aku boleh (aamiin!!) Apa yang paling aku seronok sebab banyak hands on kat lab instead of lecture semata macam diploma hehehe pastu dapat pulak lecturer yang ngam savage gila hahahahahaha seronok gila!!! Dr Alia baik gila pastu lawak pastu ajar faham pastu helpful sangat bila tanya ke apa haih what else yang ko nak huhuhu semua cukup lengkap dah 🌱

Next week w6 ada ospe test huhu mudah mudahan aida dapat jawab settle semua soalan, dapat hafal bone marking and muscles origin insertion for upper limb, Aamiin 💛

Till then, with love xoxo

Monday, 30 September 2019

of bones and muscles

Monday, 2 September 2019

from diploma in pharmacy to bachelor of occupational therapy

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful


Assalamualaikum, hi peeps! 🌻

From the post title itself korang dah boleh tahu that I changed to different faculty and course for degree. Alhamdulillah dapat penerapan uitm this time 🤲🏻 aku berdoa banyak banyak supaya kalau farmasi baik untuk aku, permudahkan. Tapi if course lain itu lagi baik untuk aku, yang aku boleh score setiap sem, yang memberi aku peluang untuk sarung selempang pink masa grad nanti (aamiin!!), aku doa supaya Allah bagi aku course yang paling baik for me.

Alhamdulillah, Allah makbulkan 💛



Okay, aku terima tawaran sambung ijazah sarjana muda occupational therapy atau dalam bahasa melayunya pemulihan carakerja di uitm puncak alam. Kenapa occupational therapy? Sebab aku lebih minat anatomy dari chemistry atau kiraan kalori (i figured this out masa diploma lol).

Nervous ke nak tukar course lain?
Sangat!!! Nervous sebab nak kena start all over again huhu kena belajar banyak benda baru 😢 takut sikit lah tapi insyaAllah okay je kot except for the fact yang aku masih tak jumpa geng diploma farmasi yang ambik course occupational therapy ni 💆🏻‍♀ mostly ambik dietetik tau!!

Tak menyesal ke tukar course?
Tak langsung.

Kenapa tak terus kerja as pharmacy assistant?
Kalau ada diploma pharmacy dah boleh terus kerja dah sebagai penolong pegawai farmasi. Tapi the reason kenapa aku tak terus kerja adalah sebab semua orang (mostly lah) sambung degree. Dan disebabkan peluang pekerjaan penolong pegawai farmasi di hospital kerajaan yang sangat kecil. Kalau anda pelajar spa, you're opportunity is big sebab insyaAllah confirm hang akan dapat kerja kerajaan terus. Tapi untuk yang dari institusi lain, susah lah. Sebabtu I decided to continue my journey as a student again.

Macam mana boleh pilih occupational therapy for degree?
Before ni masa diploma pharmacy kat bertam pernah lah dengar course occupational therapy masa hujung sem sebab students diploma ot baru dipindahkan ke bertam dari puncak alam. Tapi memang setakat dengar nama jelah hahahaha. Dulu bila dengar occupational therapy mesti macam "nak terapi pekerjaan apa bendanya?" "diorang belajar apa?" "nanti kerja diorang buat apa?" and so on. Hahahaha. Tapi masa nak isi upu degree tempoh hari, gigih lah list out kan few courses yang aku rasa menarik and start to do research on those courses. And out of all courses yang aku list kan, occupational therapy lah yang paling menarik di hati aku. So that's why I chose ot!! Lagipun bunyi ot dengan it kan lebih kurang hahahaha takdelah gurau je hehe 😂

So here's some pictures I took yesterday:

Welcome to UiTM Kampus Puncak Alam


Sikit kan? 🤭


My syurga 💓

Tak dapat bawak tuannya, bawak baby duck pun oki lah huhu

I'm quite excited to know more about this course sooooooo let's get thru this 4 years journey of occupational therapy studies and grad! And become a therapist insyaAllah 🌈

Monday, 2 September 2019

from diploma in pharmacy to bachelor of occupational therapy

Sunday, 12 May 2019

diary of internship | Manufacturing Pharmacy / Galenikal


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful


Ps:/ this post was intended to be posted on 26th October 2018 but hahaha procrastination 🤭

Alhamdulillah yey habis dah attachment kat galenikal after 4 weeks!!! 💃
As for this unit, galenikal dibahagikan kepada 2 bahagian; lotion & cream.

Routine setiap pagi mesti pukul 8 pagi dah ada kat luar in patient pharmacy dan bila semua yang attach kat galenikal (uitm, picoms, kskb) dah ada, barulah cikman & kak pija akan suruh gerak naik ward sambil tolak trolly besar (taklah besar sangat tapi muat gak untuk 3/4 orang duduk). Naik ward setiap aras and collect bakul floor stock. Kalau nurse dah indent (order ubat) awal-awal, Alhamdulillah cepat la boleh selesai tapi kalau nurse terlupa (biasa la nurse kan banyak kerja jugak kita kena faham), kita tunggu lah sekejap. Masuk ward kanak-kanak, pre/postnatal, orthopedic lelaki dan perempuan, mata, penyakit berjangkit (ni ambik bakul yang nurse dah letak kat pagar je) etc.

Morning view!

Students incharge of collecting floor stock basket

Old dayssssss :'')

I would always masuk ward cepat cepat sebab nak pergi ward postnatal (GB and GC). Ada banyak baby comel!!!! 👶🏻 kadang kita nak tengok baby tapi masatu ibu tengah menyusu jadi diorang pandang pelik gak la macam kita ni pervert ha padahal aku terlebih excited tengok baby 😂😂 sorry akak, aunty sekalian 🙇🏻‍♀ kalau ward kanak kanak tu kelakar jugak la sebabnya budak kecik duk sibuk main atas katil tapi mak-mak yang tertidur dalam katil berpagar 😂

Kalau pergi ambil bakul floor stock ni, orang yang incharge setiap aras akan naik dulu (guna lif) pastu akan collect dari tingkat atas sekali ke tingkat bawah (guna tangga) ya ampun pagi pagi dah berlecak ketiak hm bagus 🙂 selalunya naik turun ward tu akan ambil masa dalam 30 mins kalau takde masalah apa apa.

Ayuh kutip bakull

Ni kira sikit sebab selalunya lagi banyak

Lepas je habis collect bakul bakul ubat, kitorang akan buat floor stock (supply ubat-ubat kat ward mengikut kuantiti yang setiap ward dah indent dalam buku) 📖 at first, susah jugak sebab nak kena follow exchange basis (EB) tapi okay jelah sebab masa orientation week tu dah pernah belajar.

Rutin lepas kutip bakul


Lotion:
Lepas selesai buat floor stock, selalunya dalam pukul 9 pagi dah start basuh amber glass bottles & isi balik semua botol kosong tu dengan povidone, chlorhexidine etc. Lepas siap isi, tampal expired date, tulis dalam buku lotion & baru lah akan start buat kerja lain. Selama aku kat lotion, banyak jugakla yang aku pernah buat/repack antaranya sodium chloride, sodium bicarbonate, chlorhexidine 1:200 in alcohol, mist expectorant dan banyak lagi. Fun giler la sebab buat benda baru kan hehe 😋

Lotion workspace
Done filling all the amber glass bottles with povidone etc
Simple linctus syrup

Menthol inhalation
Coal tar 20% solution

Chlorhexidine 0.5% in alcohol 70%

KMNO4

50% liquid paraffin + 50% white soft paraffin

Mist expectorant stimulant

Syrup lactulose
Semua tunggu cik ayob refill menthol inhalation

💙
Menthol inhalation
Look at the colour!! 😍

Pernah satu masa nak buat mist expectorant (ubat batuk), first of all mestilah kena sediakan bahan kan? Masa kak jas tanya siapa nak ambik ammonium aku perh kemain semangat nak pergi amik pastu orang lain pulak semua cakap goodluck. Aku pelik gak la pahal wish goodluck kan. Masa bukak bekas ammonium tu - weyyyyy pebenda ni gila?!??! HAHAHAHA sakit, perit, pedih semua ada. Huhu sian mata, hidung aku 😢

In the preparation of mist expectorant

Lupa ni apa benda huhu

Banyak kali jugak aku prepack sodium bicarbonate, sodium chloride etc. Nak kena timbang satu-satu yang jenuh tu. Tapi okay je hehehe sebab kerja relax jadi aku seronok le 😋

Favourite work ceh hahaha

Sodium chloride 20g
Sodium bicarbonate 2g

Cream:

Dekat sini pulak akan buat & repack bermacam-macam jenis cream dan ointment contohnya methyl salicylate ointment, sunscreen, aqueous cream, bvc 1:10, bvc 1:4, bvc 1:2 dan banyak lagi untuk disenaraikan. Aku masih ingat hari pertama dah kena repack 700 bekas methyl salicylate ointment (LMS), ubat sapu yang panas tu. Kejung tangan dan bontot dibuatnya dari pagi sampai ke petang.

LMS
Minyak panas untuk makcik pakcik

Hasil kerja dalam masa sehari ya Allah rasa macam nak tercabut tangan dengan tengkuk

Apa yang best dekat bahagian cream ni adalah dapat banyak sangat buat cream, sunscreen hehehe rasa macam main masak-masak sebab guna electric stove, ada mixer semua tu. Acah acah chef gituwww 👩‍🍳

Sediakan bahan dulu gais

Let's cook

Timbang dulu

Ala ala whipping cream gitu hahaha
Struggle tak nak bagi tumpah & comot
Dah macam pemotong daging dah rupanya


Try lah teka ni apa 😂
It's sunblock gais hahahahaha macam foundation gitu 😆


Renyah nak buatnya habis kotor apron
Jangan gelak hahahaha

Macam butcher pun ada

Here goes paperworks for the creams:

1
2


3

4

5

6

7

8

9

Setiap hari rabu & jumaat selalunya dalam pukul 3 petang kitorang akan pergi stor integrasi untuk buat floor stock IV drips (normal saline, -) mengikut jumlah indent setiap ward. Selalunya kerja-kerja angkat kotak IV drips atau barang berat akan dibuat oleh lelaki tapi aku cam Ha lantak la kat rumah aku angkat besi ok je luls. Degil, biasalah. Ada masa sikit sangat kotak, ada masa banyak sangat lah pulak sampai tak cukup tempat nak menyusunnya.

Settlekan IV drips kat stor

Susun drips yang dah indent ikut ward memasing

Kat sini (galenikal) tak risau sangat sebab semua orangnya baik baik. Dari pegawai sampailah ke staf am. Selalu belanja makan itu makan ini, tolong macam macam lagi :") madam pulak tersangat lembut, sir wengkai yang pendiam tapi cute ala-ala lee jongsuk (hahaha), sir huzairi yang pemurah, kak jas yang asyik melawak dan cikman yang asyik duk sebut pasal kang daniel 😂

Hana, dayah and hidayah 💛
Khairil and Ira 💜

Kat sini jugak la aku excited unboxing album Wanna One Nothing Without You Kang Daniel Fullset dengan semua yang attach kat situ hahahaha gembira betul sebab yelah dah lama aku cari yang fullset and happy sebab dapat murah. Sejak dari tu, cikman dan sir huzairi asyik duk tanya pasal kang daniel kat aku 😅

Fokus betull

Isn't it look pretty?
I went thru a lot just to get these photocard and standee fuhhh the struggle is real duh 

Ni pulak gambar masa gotong royong sikit kat galenikal. Aku dengan hidayah kena basuh bin-bin yang ada.

All done

Tinggi kan!!!
Self-reward sikit hehehe 😋
Mango shake 🍨

Fav aiskrim malaysia

I'll end this post with pictures that we took on our last day of attachment hehee xoxo!

Hehe thanks galenikal fam 🌠

Ececeh nak sandar kat lee jongsuk pulak 😂

Till we meet again! 💖
Till then xoxo

Sunday, 12 May 2019

diary of internship | Manufacturing Pharmacy / Galenikal