diary of internship | Manufacturing Pharmacy / Galenikal

Sunday 12 May 2019


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful


Ps:/ this post was intended to be posted on 26th October 2018 but hahaha procrastination 🤭

Alhamdulillah yey habis dah attachment kat galenikal after 4 weeks!!! 💃
As for this unit, galenikal dibahagikan kepada 2 bahagian; lotion & cream.

Routine setiap pagi mesti pukul 8 pagi dah ada kat luar in patient pharmacy dan bila semua yang attach kat galenikal (uitm, picoms, kskb) dah ada, barulah cikman & kak pija akan suruh gerak naik ward sambil tolak trolly besar (taklah besar sangat tapi muat gak untuk 3/4 orang duduk). Naik ward setiap aras and collect bakul floor stock. Kalau nurse dah indent (order ubat) awal-awal, Alhamdulillah cepat la boleh selesai tapi kalau nurse terlupa (biasa la nurse kan banyak kerja jugak kita kena faham), kita tunggu lah sekejap. Masuk ward kanak-kanak, pre/postnatal, orthopedic lelaki dan perempuan, mata, penyakit berjangkit (ni ambik bakul yang nurse dah letak kat pagar je) etc.

Morning view!

Students incharge of collecting floor stock basket

Old dayssssss :'')

I would always masuk ward cepat cepat sebab nak pergi ward postnatal (GB and GC). Ada banyak baby comel!!!! 👶🏻 kadang kita nak tengok baby tapi masatu ibu tengah menyusu jadi diorang pandang pelik gak la macam kita ni pervert ha padahal aku terlebih excited tengok baby 😂😂 sorry akak, aunty sekalian 🙇🏻‍♀ kalau ward kanak kanak tu kelakar jugak la sebabnya budak kecik duk sibuk main atas katil tapi mak-mak yang tertidur dalam katil berpagar 😂

Kalau pergi ambil bakul floor stock ni, orang yang incharge setiap aras akan naik dulu (guna lif) pastu akan collect dari tingkat atas sekali ke tingkat bawah (guna tangga) ya ampun pagi pagi dah berlecak ketiak hm bagus 🙂 selalunya naik turun ward tu akan ambil masa dalam 30 mins kalau takde masalah apa apa.

Ayuh kutip bakull

Ni kira sikit sebab selalunya lagi banyak

Lepas je habis collect bakul bakul ubat, kitorang akan buat floor stock (supply ubat-ubat kat ward mengikut kuantiti yang setiap ward dah indent dalam buku) 📖 at first, susah jugak sebab nak kena follow exchange basis (EB) tapi okay jelah sebab masa orientation week tu dah pernah belajar.

Rutin lepas kutip bakul


Lotion:
Lepas selesai buat floor stock, selalunya dalam pukul 9 pagi dah start basuh amber glass bottles & isi balik semua botol kosong tu dengan povidone, chlorhexidine etc. Lepas siap isi, tampal expired date, tulis dalam buku lotion & baru lah akan start buat kerja lain. Selama aku kat lotion, banyak jugakla yang aku pernah buat/repack antaranya sodium chloride, sodium bicarbonate, chlorhexidine 1:200 in alcohol, mist expectorant dan banyak lagi. Fun giler la sebab buat benda baru kan hehe 😋

Lotion workspace
Done filling all the amber glass bottles with povidone etc
Simple linctus syrup

Menthol inhalation
Coal tar 20% solution

Chlorhexidine 0.5% in alcohol 70%

KMNO4

50% liquid paraffin + 50% white soft paraffin

Mist expectorant stimulant

Syrup lactulose
Semua tunggu cik ayob refill menthol inhalation

💙
Menthol inhalation
Look at the colour!! 😍

Pernah satu masa nak buat mist expectorant (ubat batuk), first of all mestilah kena sediakan bahan kan? Masa kak jas tanya siapa nak ambik ammonium aku perh kemain semangat nak pergi amik pastu orang lain pulak semua cakap goodluck. Aku pelik gak la pahal wish goodluck kan. Masa bukak bekas ammonium tu - weyyyyy pebenda ni gila?!??! HAHAHAHA sakit, perit, pedih semua ada. Huhu sian mata, hidung aku 😢

In the preparation of mist expectorant

Lupa ni apa benda huhu

Banyak kali jugak aku prepack sodium bicarbonate, sodium chloride etc. Nak kena timbang satu-satu yang jenuh tu. Tapi okay je hehehe sebab kerja relax jadi aku seronok le 😋

Favourite work ceh hahaha

Sodium chloride 20g
Sodium bicarbonate 2g

Cream:

Dekat sini pulak akan buat & repack bermacam-macam jenis cream dan ointment contohnya methyl salicylate ointment, sunscreen, aqueous cream, bvc 1:10, bvc 1:4, bvc 1:2 dan banyak lagi untuk disenaraikan. Aku masih ingat hari pertama dah kena repack 700 bekas methyl salicylate ointment (LMS), ubat sapu yang panas tu. Kejung tangan dan bontot dibuatnya dari pagi sampai ke petang.

LMS
Minyak panas untuk makcik pakcik

Hasil kerja dalam masa sehari ya Allah rasa macam nak tercabut tangan dengan tengkuk

Apa yang best dekat bahagian cream ni adalah dapat banyak sangat buat cream, sunscreen hehehe rasa macam main masak-masak sebab guna electric stove, ada mixer semua tu. Acah acah chef gituwww 👩‍🍳

Sediakan bahan dulu gais

Let's cook

Timbang dulu

Ala ala whipping cream gitu hahaha
Struggle tak nak bagi tumpah & comot
Dah macam pemotong daging dah rupanya


Try lah teka ni apa 😂
It's sunblock gais hahahahaha macam foundation gitu 😆


Renyah nak buatnya habis kotor apron
Jangan gelak hahahaha

Macam butcher pun ada

Here goes paperworks for the creams:

1
2


3

4

5

6

7

8

9

Setiap hari rabu & jumaat selalunya dalam pukul 3 petang kitorang akan pergi stor integrasi untuk buat floor stock IV drips (normal saline, -) mengikut jumlah indent setiap ward. Selalunya kerja-kerja angkat kotak IV drips atau barang berat akan dibuat oleh lelaki tapi aku cam Ha lantak la kat rumah aku angkat besi ok je luls. Degil, biasalah. Ada masa sikit sangat kotak, ada masa banyak sangat lah pulak sampai tak cukup tempat nak menyusunnya.

Settlekan IV drips kat stor

Susun drips yang dah indent ikut ward memasing

Kat sini (galenikal) tak risau sangat sebab semua orangnya baik baik. Dari pegawai sampailah ke staf am. Selalu belanja makan itu makan ini, tolong macam macam lagi :") madam pulak tersangat lembut, sir wengkai yang pendiam tapi cute ala-ala lee jongsuk (hahaha), sir huzairi yang pemurah, kak jas yang asyik melawak dan cikman yang asyik duk sebut pasal kang daniel 😂

Hana, dayah and hidayah 💛
Khairil and Ira 💜

Kat sini jugak la aku excited unboxing album Wanna One Nothing Without You Kang Daniel Fullset dengan semua yang attach kat situ hahahaha gembira betul sebab yelah dah lama aku cari yang fullset and happy sebab dapat murah. Sejak dari tu, cikman dan sir huzairi asyik duk tanya pasal kang daniel kat aku 😅

Fokus betull

Isn't it look pretty?
I went thru a lot just to get these photocard and standee fuhhh the struggle is real duh 

Ni pulak gambar masa gotong royong sikit kat galenikal. Aku dengan hidayah kena basuh bin-bin yang ada.

All done

Tinggi kan!!!
Self-reward sikit hehehe 😋
Mango shake 🍨

Fav aiskrim malaysia

I'll end this post with pictures that we took on our last day of attachment hehee xoxo!

Hehe thanks galenikal fam 🌠

Ececeh nak sandar kat lee jongsuk pulak 😂

Till we meet again! 💖
Till then xoxo

Comments

  1. wow this is very interesting. I love this kind of insight because most of us doesn't know 'behind the scene' of drug preparation. Keep on updating your internship diary! :)

    ReplyDelete