my reaction to my spm result

Thursday, 14 March 2019

Salam.


Hehe disebabkan harini result spm 2018 dah keluar, aku nak buat lil throwback on how i reacted to my spm result 🤪

Before I tell you my story, I want to congratulate to those yang ambik spm last year 🎊 whatever result you got, be thankful to Allah & be proud of yourself ok!

Okay, let's throwback to the day when I received my spm result 🕺🏻

Perasaan masa on the way pergi sekolah?
- ya Allah, berdebar tak terkata. Sampai rasa macam nak muntah sebab takut sangat.

Pergi dengan siapa?
- mama

Reaction masa dapat tahu keputusan spm 7A 2B?
- rasa sedih sangat sebab tak dapat bagi result yang baik dekat mama abah. Rasa macam tak berguna sebab habiskan duit mama abah dengan pergi tuition sampai 2 tempat. Rasa malu dengan kawan kawan.

Apa yang aku buat lepas dapat tahu keputusan?
- menangis tak henti selama seminggu. Tak nak keluar bilik, malas makan, tak bercakap dengan sesiapa even orang kat rumah. Setiap kali solat aku menangis & tanya Allah kenapa result aku macam itu macam ini. Lama jugak masa aku ambik untuk terima hakikat sebenar.

Apa yang aku lupa bila dapat result?

- bersyukur. Aku lupa untuk bersyukur sedangkan ada ramai lagi yang dapat keputusan lebih rendah dari aku padahal mereka punya usaha lebih banyak dari aku. Aku sepatutnya sedar ada hikmah kenapa Allah bagi aku keputusan yang macamtu. If not because of that result, I won't be able to meet the friends I have now at uitm, takkan dapat merasa sandang jawatan kat uni dan mungkin tak dapat jumpa orang-orang kat hospital aku praktikal sekarang (termasuk doktor dan jejaka-jejaka IT yang hensem hahaha). Allah takkan pernah kejam, ada sebab kenapa semua ni berlaku. Aku patut sedar tu dari dulu dan bukannya menangis macam it's the end of the world.
- aku lupa untuk berterima kasih pada cikgu-cikgu kat smk jalan empat (jess) & kawan kawan yang dah banyak tolong aku dari aku dapat C untuk chemistry sampailah aku dapat A 😭 aku langsung takde gambar dengan sesiapa masa hari keputusan spm dikeluarkan.
- aku lupa berterima kasih dekat mama abah yang dah hantar sekolah setiap pagi dari kajang ke bangi, kadang naik motor kadang naik kereta dan kadang naik lori. Aku dah banyak susahkan mama abah yang banyak hantar pergi tuition sini sana semata-mata nak tengok aku berjaya. Allah, berikan lah syurga Firdaus untuk mama dan abah.

Apa yang perlu dibuat bila dapat keputusan tak berapa hebat?
- bersyukur dan make a good choice on what you want to do with the result. Google bidang apa yang awak minat dan syarat kelayakan masuk bagi universiti yang awak inginkan. Macam aku, mak aku suruh ambik bidang farmasi haha makanya itulah sebab kenapa aku berada dalam program Diploma of Pharmacy kat uitm. Kalau awak minat engineering dan memenuhi syarat kelayakan, maka pilih la engineering dan pilih lah nak ambil bidang tu kat universiti pilihan awak. Tapi itu kalau awak nak ambik diploma la hehehe but if awak nak pendekkan lagi masa pengajian awak, pilih la samada masuk matrik atau asasi.

Matrik, asasi atau diploma?
- macam aku, aku tolak tawaran matrik sains kat kolej matrikulasi negeri sembilan sebab tak nak jadual padat & takut tak boleh go dengan masa setahun pengajian. Sebab kenapa bukan asasi adalah sebab dalam borang upu 4 teratas semua aku pilih asasi farmasi hahaha bila dapat 7A 2B tu aku tak layak la masuk program asasi farmasi. Keh keh. Jadi sebab tulah aku ambik diploma farmasi.

Best tak diploma?
- best! Sebab masa tak terlalu padat macam budak sekolah dan ada banyak lab sessions & assignments yang mostly memerlukan creativity macam shoot music video sedangkan ambik bidang farmasi ok haha lawak tapi fun! And also every week ada program and event 🎪

Apa yang kurang best tentang diploma?

- masa pengajian yang lama = 3 tahun diploma farmasi; 2 tahun kuliah dan 1 tahun hospital training

Hehehe I think that's all for now! InsyaAllah I'll update more about my course to help those yang berminat nak tahu 😊 if you have more ques, email me anytime 🌻

Till then xoxo

Comments

  1. Budak Jess rupanya. I have a lot of friends yang sekolah dekat Jess. I got 2Bs for my SPM as well but unlike you, I didn't cry, which was quite surprising for I'm usually quite kiasu. Entahlah, masa tu rasa macam maybe this is what I deserved. Gitulah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, bagus lah macamtu Kak Farah! I wish I could turn back time and jadi lebih bersyukur and kuat :)

      Delete
    2. I didn't know whether I was bersyukur or kuat at that time or not. I felt it was more like I've given up with my life?

      Delete