Salam.
Ok sempena menyambut Ramadhan yang bakal datang tak berapa lama lagi ni which tomorrow will be the last day bulan Syaaban, aku nak kongsi sikit lah apa yang disharekan oleh saudara mara dan sahabat dunia akhirat aku di whatsapp. Bukan apa, saja nak tambah pahala...kot kot lah ada yang baca and amalkan apa yang aku nak sampaikan ni kan. Ada juga saham untuk kat akhirat nanti. Amin, mudah mudahan lah.
Jadual kat atas ni hm kira macam what-to-do list lah kononnya tapi ni version islamic special for Ramadhan gitu. Haha. Just tick mana yang dah buat and untuk quran tu, tulis berapa page yang korang dah baca. Tapi untuk bulan Ramadhan kali ni, biar lah kita baca al quran tu kita faham sekali ayat yang kita baca. Lagi bagus macam tu. Kita faham apa yang Allah nak sampaikan kat kita. Kita baca, faham and simpan terus dalam hati. Jangan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Aip tak mau lah macam gitu kan. Aku ni pun manusia biasa juga macam hangpa semua. Iman terkadang turun, terkadang naik. Tapi, bila turun tu jangan biar turun merudum tanpa buat apa apa. Bila iman tu turun, cepat cepatlah naik kan balik dengan banyakkan amalan sunat. Tak kisah lah dengan solat dhuha ke sedekah ke baca al quran ke tapi amalan sunat yang paling baik sekali adalah solat tahajud. Aku tahu memang susah. Sangatlah susah. Nak bangun pukul 3 4 pagi tu masyaAllah tak terbangun dibuatnya. Lagi lagi kalau yang tidur mati macam aku. Haha. Tapi usaha dan terus usaha untuk jadi lebih baik. Jadikan bulan Ramadhan ni sebagai catalyst (pemangkin eceh dak dak sains pulak) untuk kita jadi hamba Allah yang lebih baik, lebih taat.
Ok siapa yang kat sini dah pasang niat and azam awal awal untuk khatam al quran bulan Ramadhan kali ni? *angkat tangan tinggi tinggi* Before ni, aku ada juga pasang niat and usaha tapi selalu juga tak terkhatam tepat pada masanya. Astaghfirullah. Tapi takpe, Ramadhan kali ni memang aku akan usaha sehabis mungkin untuk khatam juga walau apa cara sekali pun. Dengan dah masuk u and ada kawan kawan yang baik baik sekeliling aku, insyaAllah tercapai hajat aku kali ni. Amin ya rabbal alamin. Disebabkan tu, aku nak kongsi tips yang kawan aku send di whatsapp, mana lah tahu berguna untuk sesiapa yang baca or terbuka blog aku ni tanpa sengaja kan :
Trick khatam al-Qur'an di bulan Ramadhan
*UNTUK SATU KALI KHATAM* :
1. Shalat Subuh 4 halaman
2. Shalat Zhuhur 4 halaman
3. Shalat 'Ashar 4 halaman
4. Shalat Maghrib 4 halaman
5. Shalat 'Isya 4 halaman
*UNTUK DUA KALI KHATAM* :
1. Shalat Subuh 8 halaman
2. Shalat Zhuhur 8 halaman
3. Shalat 'Ashar 8 halaman
4. Shalat Maghrib 8 halaman
5. Shalat 'Isya 8 halaman
*UNTUK TIGA KALI KHATAM* :
1. Shalat Subuh 12 halaman
2. Shalat Zhuhur 12 halaman
3. Shalat 'Ashar 12 halaman
4. Shalat Maghrib 12 halaman
5. Shalat 'Isya 12 halaman
Sebarkan kebaikan , Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
"Barang siapa menunjukkan satu kebaikan, maka baginya pahala semisal orang yang mengikuti KEBAIKAN tersebut."
(HR. Muslim, no. 1893)
Sebelum aku end kan post ni, nah hadiah niat puasa and doa berbuka sempena Ramadhan ni hehehe
Comments