Posts with the label dakwah
Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Friday, 18 January 2019

menjaga orang sakit


بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…ٰÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful


I spent my short holiday in Hospital Kuala Lumpur over the last 3 days, just keeping my aunty and cousins an accompany.

My uncle was admitted because of meningeal brain tumor and his condition was bad. He went into operation theatre on Monday from 8 am until 6 pm. I was there waiting anxiously for 10 hours. After the operation, he was warded in neurosurgery intensive care unit sebab nurses nak monitor his condition. And on Tuesday, dapat masuk dalam tu tapi tak boleh ramai-ramai. I went to see him with my aunty and he kept saying he's tired, asking for my aunty to let him go and giving some advices to his children.

I cried.

I told myself so many times yang aku kena kuat supaya aku boleh bagi semangat pada makcik tapi as always, aku masih lemah.

Apa yang mengejutkan aku adalah aku baru je jumpa pakcik aku tu few months ago. Almost every time balik mesti akan jumpa makcik aku dengan pakcik aku tu.

Kuasa dan ujian Allah, dalam sekelip mata semua boleh berubah. Yang sihat boleh sakit. Hidup boleh mati.

Takut.

Takut kalau Allah tarik nyawa mama dan abah sebelum aku. Aku masih belum jadi anak yang baik untuk mereka. Masih belum cukup duit yang aku kumpul untuk aku bawa mama abah pergi umrah. Masih jauh perjalanan untuk dapatkan sekalung ijazah. Dan yang paling aku takut sebab aku masih lemah, tak mampu berdikari dan masih senang menangis.

Macam mana aku nak hadap kehidupan ni tanpa mama abah?

Aku terfikir sendiri.

Andai kata suatu hari nanti Allah jemput mama abah pergi dulu, aku berdoa agar Allah bagi aku sebanyak mungkin kekuatan untuk aku teruskan kehidupan. Aaminn.

Berbalik pada keadaan pakcik aku tadi, dia masih lemah, tiada seri muka, dan selera makan pun hilang.

Betul lah, bila kita sakit, Allah akan tarik tiga perkara;
  1. Seri muka
  2. Selera makan
  3. Dosa
Allah Maha Pemurah, Dia kembalikan seri muka dan selera makan bila kita dah sihat. Itu yang kadang-kadang lepas sihat bukan main lagi kita makan itu ini. Haha. Tapi kan Allah tak pulangkan pun dosa-dosa kecil kita. Baik kan?

Moga nanti pakcik semakin sihat dan kuat seperti sediakala.

Till then 🌱

Friday, 18 January 2019

menjaga orang sakit

Monday, 13 March 2017

ilmu: kerna Allah atau exam?

Salam.

I am a bit nervous about the paperwork that I'll present this upcoming Thursday, calculus & pharmacology tests this Monday and chemistry tests this Thursday. Ya Rabb, kau berikan lah aku kekuatan untuk terus menempuhi segala perkara untuk mencari ilmuMu ya Allah😔 

I am the type of person yang tak suka terlalu bebankan otak fikir masalah akademik, masalah hidup dan stress yang ada. As example bila ada test lagi 2 hari, semua orang akan gelabah nak baca lecture notes and hadap 24 jam kalau boleh nak telan je notes tu kan lepastu, mula lah stress, otak jam, penat and etc. Kalau aku lain, aku cuba baca yang mana mampu perlahan lahan yang penting niat belajar sebab nak tambah ilmu kerana Allah, baca notes untuk faham apa yang nak disampaikan and bukannya setakat baca untuk masuk dewan peperiksaan dan pointer tinggi. Tipu lah kalau aku kata, aku tak nak pointer tinggi sebab kat dunia ni, untuk dapatkan kerja dan gaji masyukkk, pointer itu semua dipandang. Tapi niat first kita belajar kenalah kerana Allah. Dalam apa jua perkara pun actually, kita patut letak Allah sebab paling utama, yang paling atas. Nak tahu kenapa aku tak suka fikir sangat masalah? Sebab nanti jiwa tak tenang, tak aman, hidup rasa gelisah je memanjang, cepat putus asa, cepat kecewa dan cepat sedih bila Allah datangkan ujian.

Meh sini aku nak habaq sat, pelajar selalunya belajar pulun macam orang gila untuk dapat pointer tinggi, nak banggakan ibu bapa, nak dapat gaji masyukk semua tu bukan salah pun. Tapi jangan jadikan tu semua niat utama. Jangan bila kau belajar, asyik dok fikir sebab nak dapat 4 flat dan yang lain lain tu. Kat situ, niat dah lari dari niat utama iaitu belajar kerana Allah. 

Bila korang masuk dewan peperiksaan tak kisah lah universiti mana sekalipun baik kerajaan mahupun swasta yang bayar mahal tu, aku yakin mesti ada je yang meniru dalam exam. Tak kisah lah dalam bentuk macam mana sekali pun samada korang bawa notes ke tanya kawan ataupun tiru melalui handphone, itu semua dikira meniru dan berdosa. Kau tak jujur dan yakin dengan diri kau sendiri sebenarnya! Ish ish kesian😔 Kenapa perlu meniru kalau dah study? Kau takkan buat benda tu semua kalau kau belajar kerana ALLAH❌ Itu sebabnya niat kena betul, wahai rakanku bakal ahli syurga sekalian (Aaminn)

Mesti ramai kan yang bila dapat result exam dan tak dapat macam mana yang kau expect, kau rasa down gila macam dunia ni hancur lebur, betul tak? Ibarat langit ni jatuh atas bahu kau dan kau rasa sangat terbeban dengan benda tu. Bila dapat keputusan teruk, kau menangis dan menyesal. Kenapa? Apa sebab kau menangis? Adakah sebab tak mencapai keinginan kau? Cuba refleks balik, kenapa Allah tak bagi pointer tinggi tu kat kau? Kadang-kadang kau belajar sampai bilik dah macam kapal karam pun tapi still result tak gempak. Cuba tengok balik niat kau belajar tu sebab apa?! Betul ke kau belajar dulu kerana Allah? Ke sebab lain? Seandainya benar kau belajar kerana Allah, takkan muncul dan terbit perasaan kecewa dan sedih dalam diri kau. Sebabnya, kau kan belajar untuk dapatkan ilmu tu, bukannya sebab pointer. Aku selalu je kawan kawan mengadu, mengeluh dapat markah test dan quiz teruk barai. Tapi itulah nak cakap direct takut tersentap habis pulak. Jadi kat sini jelah aku tegur indirectly ye. Pasal rasa sedih dan nak menangis sepanjang tahun sebab result teruk tu aku faham perasaan tu, sebab aku pernah alami masa keluar keputusan SPM dulu. Dulu aku murung berminggu, tak bercakap 3 hari beb lama tuu hmm dengan family langsung tak bertegur. Aku tak terfikir pun benda ni sampailah masa perkongsian usrah kali ke-4 sem 2 ni. Terima kasih pada yang share ilmu! Alhamdulillah aku cuba manfaatkan😊

Itu jelah kot perkongsian aku. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah. Cuba amalkan, insyaAllah hati akan rasa lagi tenang.

Wednesday, 24 August 2016

teh ais

Salam.

This post is actually my feelings toward my craziest A-4-09 housemates for being greatest gifts from Allah for me, His sinful servant and how grateful and thankful I am to Allah for giving me the best since I was born until now. I believe His decisions are always the best and He won't burden His servants more than we can bear. Do you still remember my previous post on how sad I was when I didn't get straight As in SPM and didn't managed to get into IIUM? Well, I am not any longer. The more I think what Allah has given to me, the more grateful I become. 



Y'know, if I got flying colours in SPM and went to IIUM or any other universities, I won't be able to meet my crazy housemates, intelligent classmates and people here in Penang. Honestly, I want us, A-4-09 housemates to stick together until the end of semester 4 before we are going for practical later. The moments we laughed at each other, made fun of our housemates' crushs (mummy daddy, umi abi, mak ayah, mek abe, eomma appa, ibu abang, mama papa), ate Spicy Korean Ramyun at 1 am, watched horror movies till 4 am, walked from campus to Mydin and back to campus which took 10 000 steps and had fun taking pictures whenever we go are memories that I will never forget. I loved how our house is the noisiest house in our floors. Tak kisah lah ada orang benci ke menyampah ke annoyed ke sebab kami langsung tak kisah dan ambil peduli. We make noises but at least we didn't 'mengilai' atau jerit like certain people. 

My new fav drink; oh my teh ais! Never knew you're so tastyyy <3
The latest new experience I had with my housemates is we made spicy spaghetti bolognese by ourselves in the dorm. Tumbuk cili guna botol sos yang dah habis, masak spaghetti dalam cerek elektrik, masak kuah spaghetti dalam mini steamer. Pergh sedap weh!!!! And also jimat and more hygenic than buying food outside. I'd never cooked spaghetti that way before and I was so excited making food for my dearest housemates. Luckily, my Spicy Spaghetti Bolognese turned out delicious and everyone cleaned their plates out. Can't imagine if we have our own kitchen in the dorm. That's gonna be so much fun!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

I had finished my first Tarbiah Sentap book and it is full with knowledge that somehow I just knew. And I like how the writer, Ustaz Adnin Roslan delivered his words dengan cara sentap straight forward. Secara jujurnya, aku suka apabila disentapkan dengan kata-kata yang beliau bagi. Tersangatlah benar apa yang beliau katakan bahawa kadangkala manusia perlu diberi sentapan untuk menyedarkan mereka untuk kembali kepadaNya. Memang betul kita sebagai manusia, tak pernah dan tak akan pernah dapat lari dari melakukan dosa. Tapi, adakah kita boleh jadikan itu sebagai alasan untuk kita menzalimi diri sendiri dengan biarkan diri kita terus berada dalam kehinaan maksiat dan zina? 

Kawan-kawan, jangan!

Jangan pernah biarkan diri kita terus hanyut dengan 'keindahan' maksiat. Jangan pernah biarkan diri kita rasa terbeban untuk beribadah kepada Allah. Jangan pernah biarkan diri kita terpengaruh dengan bisikan musuh paling nyata kita iaitu Syaitan dan Iblis! Jangan pernah biarkan makhluk yang Allah laknat ini menarik kita jauh dari Allah dan tarik kita ke neraka yang penuh dengan penyeksaan. 

Aku pun seorang manusia. Tak pernah dan tak akan pernah sempurna. Sebab hanya Allah yang mempunyai sifat kesempurnaan. Kadang aku jatuh. Kadang aku bangkit untuk berdiri. Kadang ia ambil masa untuk aku bangun, tapi aku tak mahu mengalah. Begitu juga dengan engkau wahai kawan, jangan pernah mengalah untuk kejar redha Allah! Jangan pernah mengalah untuk kejar syurga Allah! Jangan pernah mengalah untuk keluar dan lari dari kegelumangan dan kegelapan maksiat mahupun amat sukar bagi kita melakukannya! Berusaha lah, dan teruskan berusaha. Jangan pernah berhenti!


Petikan dari buku Tarbiah Sentap, muka surat 223

"Allah telah berikan kau pelbagai nikmat, kesenangan, harta, pangkat dan kedudukan, kemuliaan disisi manusia, makanan yang mencukupi, pancaindera yang serba lengkap dan sempurna, serta pelbagai lagi nikmat yang tak mampu dihitung. Namun, apakah yang Allah rasa andai kau balas segala nikmat yang telah diberikan kepada kau dengan kau bermaksiat kepadaNya?"

Wednesday, 24 August 2016

teh ais

Saturday, 4 June 2016

ramadhan kareem

Salam.

Ok sempena menyambut Ramadhan yang bakal datang tak berapa lama lagi ni which tomorrow will be the last day bulan Syaaban, aku nak kongsi sikit lah apa yang disharekan oleh saudara mara dan sahabat dunia akhirat aku di whatsapp. Bukan apa, saja nak tambah pahala...kot kot lah ada yang baca and amalkan apa yang aku nak sampaikan ni kan. Ada juga saham untuk kat akhirat nanti. Amin, mudah mudahan lah. 



Jadual kat atas ni hm kira macam what-to-do list lah kononnya tapi ni version islamic special for Ramadhan gitu. Haha. Just tick mana yang dah buat and untuk quran tu, tulis berapa page yang korang dah baca. Tapi untuk bulan Ramadhan kali ni, biar lah kita baca al quran tu kita faham sekali ayat yang kita baca. Lagi bagus macam tu. Kita faham apa yang Allah nak sampaikan kat kita. Kita baca, faham and simpan terus dalam hati. Jangan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Aip tak mau lah macam gitu kan. Aku ni pun manusia biasa juga macam hangpa semua. Iman terkadang turun, terkadang naik. Tapi, bila turun tu jangan biar turun merudum tanpa buat apa apa. Bila iman tu turun, cepat cepatlah naik kan balik dengan banyakkan amalan sunat. Tak kisah lah dengan solat dhuha ke sedekah ke baca al quran ke tapi amalan sunat yang paling baik sekali adalah solat tahajud. Aku tahu memang susah. Sangatlah susah. Nak bangun pukul 3 4 pagi tu masyaAllah tak terbangun dibuatnya. Lagi lagi kalau yang tidur mati macam aku. Haha. Tapi usaha dan terus usaha untuk jadi lebih baik. Jadikan bulan Ramadhan ni sebagai catalyst (pemangkin eceh dak dak sains pulak) untuk kita jadi hamba Allah yang lebih baik, lebih taat. 


Ok siapa yang kat sini dah pasang niat and azam awal awal untuk khatam al quran bulan Ramadhan kali ni? *angkat tangan tinggi tinggi* Before ni, aku ada juga pasang niat and usaha tapi selalu juga tak terkhatam tepat pada masanya. Astaghfirullah. Tapi takpe, Ramadhan kali ni memang aku akan usaha sehabis mungkin untuk khatam juga walau apa cara sekali pun. Dengan dah masuk u and ada kawan kawan yang baik baik sekeliling aku, insyaAllah tercapai hajat aku kali ni. Amin ya rabbal alamin. Disebabkan tu, aku nak kongsi tips yang kawan aku send di whatsapp, mana lah tahu berguna untuk sesiapa yang baca or terbuka blog aku ni tanpa sengaja kan :

Trick khatam al-Qur'an di bulan Ramadhan

*UNTUK SATU KALI KHATAM* :


1. Shalat Subuh 4 halaman

2. Shalat Zhuhur 4 halaman
3. Shalat 'Ashar 4 halaman
4. Shalat Maghrib 4 halaman
5. Shalat 'Isya 4 halaman

*UNTUK DUA KALI KHATAM* :


1. Shalat Subuh 8 halaman

2. Shalat Zhuhur 8 halaman
3. Shalat 'Ashar 8 halaman
4. Shalat Maghrib 8 halaman
5. Shalat 'Isya 8 halaman

*UNTUK TIGA KALI KHATAM* :


1. Shalat Subuh 12 halaman
2. Shalat Zhuhur 12 halaman
3. Shalat 'Ashar 12 halaman
4. Shalat Maghrib 12 halaman
5. Shalat 'Isya 12 halaman

Sebarkan kebaikan , Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

"Barang siapa menunjukkan satu kebaikan, maka baginya pahala semisal orang yang mengikuti KEBAIKAN tersebut."



(HR. Muslim, no. 1893) 

Sebelum aku end kan post ni, nah hadiah niat puasa and doa berbuka sempena Ramadhan ni hehehe 


Saturday, 4 June 2016

ramadhan kareem

Friday, 20 May 2016

suka

Salam.



A friend sends this to me. It is a good preach and I thought I should share this with the others.

Friday, 20 May 2016

suka