K-DRAMA | The Last Empress

Saturday, 19 January 2019

Anyeong 🌱


Hehe sebenarnya dari awal lagi nak publish post ni tapi macam biasa lah tersadai seketika di section draft. Macam yang korang semua sedia maklum, aku bukan lagi student yang belajar di kolej sebab sejak bulan August tahun lepas aku dah start hospital training. Makanya aku buntu sikit lah nak buat apa dengan masa lapang yang ada especially malam 🌙

Masatu tak tahu k-drama apa yang patut aku tengok, ha yelah sebab kalau dekat kolej memang jarang aku layan drama-drama ni. Jadi aku pun google lah dan terjumpa The Last Empress. Tengok macam biasa je taklah menarik mana. Kemudian, aku baca lah synopsis yang ada kat Asianwiki tu. Terus bukak website untuk tengok first episode. Kononnya nak tengok dulu episode 1 kalau tak syok, terus out lah dari list drama yang nak ditengok.

Poster

Title: The Last Empress
Network: SBS
Episode: 48
Release Date: 21 November 2018 - 13 February 2019
Synopsis by Asianwiki:
Set in present day South Korea, but under the premise that the country is governed by a constitutional monarchy.
Oh Sunny is a musical actress with a bright personality. Suddenly, she marries Emperor Lee Hyuk. There, Oh Sunny goes up against absolute power of the palace and fights against the power. Meanwhile, she falls in love with Na Wang-Sik who is a bodyguard of the imperial family. Na Wang-Sik came to the palace to take revenge on the person responsible for his mother’s death. Due to death of Emperor Lee Hyuk’s grandmother, Oh Sunny breaks down the royal family with the help of Na Wang-Sik and finds true love.

Cast:

  • Jang Nara as Oh Sunny
  • Choi Jinhyuk as Na Wangsik/Cheon Woobin
  • Shin Sungrok as Lee Hyuk
  • Lee Elijah as Min Yura

Thoughts:
I never thought I'll go crazy over this drama tau. Sampai pergi cakap kat semua kawan-kawan untuk layan drama ni. Haha. First episode lagi aku dah tergamam bila Lee Hyuk ada hubungan dengan Min Yura. Boleh pulak Min Yura bunuh mak angkat yang jaga dia masa susah dulu Allahu kekejaman apakah ini (?!) Tak boleh tahan tu bila Min Yura dengan Lee Hyuk sanggup guna pelbagai cara untuk hapuskan segala bukti pembunuhan sampai Oh Sunny terlibat sama.

Aku makin kesian kat Oh Sunny bila dia dapat tahu yang Lee Hyuk ni ada skandal dengan Min Yura yang kononnya tolong jagakan Oh Sunny as Empress. Menangis teruk dia masatu aih sampai aku sendiri boleh rasa dia punya keperitan tu 😢 Masa ni jugak lah yang aku geram sangat dengan Min Yura ee kalau jumpa depan mata mungkin boleh buat scene tarik rambut kot. 

Sejaktu, Empress Oh Sunny cuba untuk reveals kan rahsia-rahsia istana termasuk kematian Empress Sohyun (bekas isteri Lee Hyuk), kematian Grand Empress Dowager Jo (nenek Lee Hyuk) dan termasuklah kebenaran yang sebenarnya Princess Ari ni anak kandung Lee Hyuk. 

Geram jugak aku sebab dulu Princess Ari ni sangat lah kurang ajar tapi sekarang baik dah sebab Empress Oh Sunny yang ajar. Ha lagi satu, aku tak sangka tau rupanya Na Wangsik ni boleh hidup lepas kena tembak kat kepala dan jatuh dalam laut. Memang ajaib la weh. Yang paling ajaib adalah bila dia boleh kurus dan hensem. 360 degree perubahan kau tahu hahaha. Tapi Na Wangsik ni baik orangnya walaupun banyak kali juga dia nak cuba bunuh Lee Hyuk. Nak balas dendam lah katakan. 

Aku tak pasti nak ship Empress Oh Sunny dengan Emperor Lee Hyuk atau Na Wangsik sebab sekarang ni Emperor Lee Hyuk dah makin baik. Ala lagipun selama ni dia jahat sebab hasutan mak dia je. Part Empress Oh Sunny patut end up dengan siapa tu aku takmau jawab la sebab aku sendiri confuse 😅


Rating: 4.9/5

To all k-drama fans out there, make sure masukkan The Last Empress dalam what-to-watch list korang okay ✨

Comments

  1. samalah, tengah layan drama ni jugak. BEST! Unfortunately (?) I ship Oh Sunny and Lee Hyuk walaupun Lee Hyuk tu dah banyak buat dosa but still he's cute >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Hyuk tu comel heheh walaupun dia jahat tapi muka dia bila suka Sunny nampak innocent sangat 😂

      Delete
  2. sama!! Saya layan drama ni jugak! Serius best gila! Tengok drama ni sebab Choi Jin Hyuk nanye. Hihi. Kasihan kat Lee Hyuk sebab dia jadi camtu sebab mak dia yang jahat gila tu. Nak Lee Hyuk end up dengan Oh Sunny (kuasa perkahwinan) tapi nak jugak Oh Sunny dengan Wang Sik. Ohh sis is confius jugak. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Empress Dowager tu ya Allah tahap kezaliman dia tu eee melampau sangat!!!

      Delete
  3. oooiuh citer ni best !!! ada part betul2 rasa neves la geram la.
    hahaha best2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Aih baru first episode dah rasa gerammmm apatah lagi the next episodes

      Delete
  4. I love this kind of drama but I don't think I wanna watch it yet since it's too long. I'll wait for it to end. My most favourite will always be dong yi (60 ep). Oh and I've followed u here as well #20 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. I haven't watched dong yi yet tapi insyaAllah nanti saya try tengok ;) anyway, thank you for the follow back hihi

      Delete