Salam.
CONGRATS TO MY DEAR FRIENDS AND MYSELF!!!!!!!! Alhamdulillah, finally dapat juga sambung belajar and tinggalkan my current 12 hours working life. Haha. Eksaited bebenar hihi al maklum lah dah lama tak study kekeke rindu zaman struggle nak exam spm dulu. Ecewah padahal masa exam bukan main mengeluh bila kena revise balik semua subjek and bila soalan exam susah. Poyo jeee hahaha its okay as long as ada minat and keinginan nak belajar kan? Sambung belajar ni bagus sebenarnya. Lagi cerah masa depan, lagi besar peluang untuk berjaya.
Lagipun belajar tu satu ibadah. Ada yang cakap kalau sambung belajar pun belum tentu lagi berjaya and dapat peluang kerja yang bergaji besar. Well, itu bergantung pada rezeki dan nasib seseorang lah kan. Takkan nak give up sebelum mencuba kan, sebab rezeki bukan datang bergolek. Benda yang kita nak, bukan jatuh dari langit. Ha ye memang rezeki, takdir sama ada miskin atau kaya Allah yang bagi. Tapi kena ingat, takdir kita tu Allah boleh ubah bila kita berusaha keras. Apa yang penting, sentiasa berusaha dan istikhomah dalam ibadah. InsyaAllah apa yang kita hajatkan tercapai.
UiTM Bertam, Pulau Pinang untuk course Diploma Farmasi ialah keputusan upu yang aku dapat bila check online. And at the same time, boss kat tempat aku kerja sekarang ni nak tolong aku masuk UIA Gambang, Pahang if aku nak asasi kat sana. Aku jadi confuse sebab tak tahu nak pilih mana. Tak tahu which one better. Most of my relatives and friends recommend me to chose foundation because it isn't take as much time as diploma. Hanya 1 tahun, 1 tahun setengah or 2 tahun jika nak dibandingkan dengan 3 tahun diploma. UIA sahaja yang ada program 1 tahun setengah and 2 tahun based on arabic and english test masa minggu orientasi. Menyesal weh tak belajar bahasa arab masa cuti panjang. Mari lah berhuhuhu dengan aku. Zaman sekolah rendah dulu, bahasa arab ialah subjek yang aku paling tak suka and selalu buat alasan tak bawa buku setiap kali ada kelas arab. Haha teruk kan!!!!! Tapi bila dah grown up ni, rasa menyesal sangat bila tak belajar sebab bahasa arab tu bahasa al quran. And I think, it will be great if I get the chance to learn arabic although it is only the basic. Buat masa sekarang ni, aku cuma nak fikir betul betul and berdoa moga Allah bagi petunjuk which ones better for me.
Masa mula mula dapat keputusan tu, mama terkejut sebab uitm yang aku dapat tu jauh bebenor dari rumah.
"Mama sebenarnya tak nak bagi yong pergi jauh jauh kan?"
"Kalau boleh Mama nak yong belajar kat sekolah sebelah rumah ni je ha"
HAHAHAH isn't it cute?!!!! Takut rindu kat anak sulung/perempuan/manja/intan payung/kawan gosip dia lah tu kekekeke 😂 Aku pun sebenarnya berat hati nak tinggalkan Mama, rumah, family, Mai, Nina and semua sekali lah haha takkan nak mention satu satu kan ehem ehem. Bukan apa, mana pernah sebelum ni aku tinggalkan rumah. Tak pernah duduk asrama. Tapi itu lah dikatakan jihad. Belajar tu satu jihad sebenarnya kan. Belajar untuk kembangkan ilmu pengetahuan sendiri, share pada orang lain, bagi benefits kat semua makhluk and agama Islam. Aku harap bila aku sambung study nanti aku tak dilupakan lah. Ada orang datang melawat ke hahaha best jugak! So thats all for now. Hoping the best for myself 😊
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Comments