interview JPK

Saturday, 16 July 2016

Salam.

Hampir sebulan yang lalu, aku dengan beraninya menyertai sesi temuduga Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK). Entah dari mana keberanian tu muncul, aku sendiri pun tak tahu. Al maklumlah, aku ni orang yang sangat takut untuk kehadapan, untuk mencuba dan untuk bersuara. Pada asalnya, aku pergi tu nak mencuba je. Walaupun dalam hati tu, teringin sangat nak jadi ahli JPK (paling seronok sebab semuanya perempuan). Bibir tu orang kata, terkumat kamit berdoa moga moga semuanya dipermudahkan dan aku berjaya lepas sesi interview tu. Dari cara aku menjawab tanpa sebarang keyakinan setiap soalan yang diajukan, memang aku dapat rasa yang aku takde harapan nak dapat jawatan yang aku mohon. Tapi aku tetap berdoa dan percaya yang Allah tu akan bagi jika itu rezeki aku. Tapi, apa kan daya rezeki tak menyebelahi. Mungkin bukan kali ni. Ada rezeki lain, insyaAllah.

Soalan yang diajukan masa sesi interview tu banyak dan ada beberapa yang aku tak dapat jawab, ada yang dia tanya sepatah aku jawab sepatah (adoyai macam mana lah nak terpilih) Maaf, tapi aku langsung takde pengalaman untuk melalui sesi interview. Itu merupakan my very first interview ever ok. Although it didn't went really well, but I can improve myself insyaAllah. Dan jumaat depan, Bertam Student Council (BSC) ada buat interview. Aku nak sangat masuk. Ada orang, niat nak naikkan nama. Ada orang, nak dikenali. Ada orang, niat sebab seronok dan sebagainya. Secara jujurnya, niat aku untuk masuk JPK mahupun BSC sebab aku nak belajar. Aku nak belajar macam mana nak handle program. Belajar macam mana nak handle pelajar universiti, macam mana nak bercakap di hadapan dengan penuh keyakinan. Aku nak sangat belajar benda tu. Sebab aku kurang dari aspek tu, dan aku nak baiki kelemahan yang aku ada. Ada borang interview yang perlu diisi. Aku masih belum ambil lagi. Dekat kertas tu ada senarai jawatan yang pernah disandang semasa sekolah menengah. Allahu.....perasaan aku mula tak stabil. Rasa sedih. Di sekolah dulu, aku banyak aktif sebagai peserta dan bukan ahli jawatankuasa. Aku masuk larian, kawad kaki bertahun tahun, ahli gamelan selama 3 tahun dan ada beberapa lagi. Tapi tak pernah jadi ahli jawatankuasa. Paling last aku pegang jawatan pun masa tingkatan 2 sebagai penolong ketua kelas. Tu pun lebih kurang sebulan jelah. 

Kawan serumah aku, penuh je dia tulis aku tengok. Kagum. Dan sedih kat diri sendiri. Nampaknya takde rezeki lagi untuk aku menyertai kelab tertinggi. Untuk aku belajar macam mana nak handle program dan etc. Belum sampai masanya (?!) Mungkin belum layak. Belum cukup bersedia? Fikir positif terhadap Allah. Mungkin aku nampak okay, tapi dalam hati, Allah saja tahu macam mana sedihnya aku. Dan masa itu jugak lah kawan aku tu datang dekat aku sambil cakap "Aida doakan kita dapat tau" okkkkkkk aku rasa berat sebenarnya. Aku rasa tak nak doakan dia (ni syaiton punya kerja ni). Perasaan iri hati tu memang tipu kalau takde. Tapi tiba tiba aku teringat satu kata-kata ni "Kawan yang baik ialah kawan yang mendoakan dan gembira dengan kejayaan kawannya" Dengan hati yang berat dan sedih, aku berdoa agar Allah permudahkan kejayaan dia dan memberikan kejayaan kepada aku. Aku yakin jika aku mendoakan orang lain, malaikat akan mendoakan aku. Jadi aku perlu buang perasaan iri hati dan dengki yang merosakkan hati. 



Program yang Bertam Student Council anjurkan pagi tadi. Memang daebakkkk!!! Aku harap aku dapat cakap kat depan macam coach Baahir dengan penuh confident dan semangat.

Comments

  1. Replies
    1. Dapat Alhamdulillahh, tapi bukan untuk kelab JPK ;)

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah saya dapat jawatan Exco Keusahawanan & Kerjaya untuk Kelab Society of Pharmacy Students (SOPHYS)

      Delete