7 years of VIP friendship and still counting

Wednesday 19 October 2016

Dear best friends,

2010;

2011;


2012;




2013;




2014;


2015;



2016;






Aku bersyukur Allah temukan aku dengan korang! I can't imagine how my life would be without all of you. 
-
Dari muka selebet, hitam, berjerawat, kurus, pakai tudung sarung jep sampai lah ke aku yang sekarang ni, you guys was there next to me. Korang je lah yang aku keluar jejalan dari sekolah rendah sampai lah habis sekolah menengah. Dan korang je lah satu-satunya kawan yang mak aku percaya dan tak risau kalau aku keluar pergi mana pun, balik pukul berapa pun. Korang je lah kawan yang aku pernah bawa balik rumah. Hahaha. Sebut je nama korang, mak aku terus bagi green light untuk keluar! I just wished that we could meet more like the old days. Dulu, kita selalu jumpa. Setahun dalam 2 3 kali kita keluar sama sama. Even busy dengan hal masing masing, sekolah jauh, duduk asrama bagai tapi kita still hangout.
-
Sekarang ada je korang jumpa, tapi aku takde. Masa mula mula aku kena campak duduk sini, Penang aku rasa down gilaaa lagi lagi kalau korang selalu plan nak keluar. Rasa sedih yang aku tak pernah rasa sepanjang kita kawan. Mungkin hormon emo aku lebih kot, entah lah. Tapi tu lah yang aku rasa. Haih rasa nak nangis pulakkkk. 
-
Aku doa sangat friendship kita ni stay till jannah (amin!!) dan aku harap aku ada at ever stage of your life;
  • Sekolah rendah UPSR (done)
  • PMR (done)
  • SPM (done)
  • Uni life (on-going lel)
  • Career life
  • Tunang
  • Kahwin (ni kalau tak ajak aku sumpah aku kecik hati rasa nak merajuks sampai bila bila)
  • Ada anak 1
  • Ada anak 2
  • Ada anak yang seterusnya
  • Ada cucu 1
  • Ada cucu 2
  • Ada cucu cicit dan seterusnya
  • Zaman tua
Hah kalau boleh nak kawan dengan korang sampai syurga lah kalau nak dipendekkan cerita \^o^/ kalau masih sudi nak kawan dengan aku lah ohohoh 

I still prefer VIP over #projectkita walaupun nama VIP tu macam lel too girly and zaman kanak kanak sangat, tapi sentimental doo! Ingat lagi mula-mula bincang pasal VIP kat bilik mesyuarat SKLA duduk atas kerusi yang boleh pusing pusing tuh. Rasa nak nangis bila ingat balik. Aku harap kita boleh tambah lagi koleksi gambar dari tahun ke tahun okayyy heee rindu korang sangat sangat. Walaupun aku tak banyak tunjuk reaction dan tak banyak cakap (aku memang ada masalah communication sampai lah ke sekarang even masuk uni pun), aku sayang korang <333333 

Comments