Bertam Sport Carnival: Modern in Tradition

Wednesday 14 February 2018

Salam.


I was supposed to write this up right after the program ended but it has been delayed for months already huhu. Dah sekarang ni apa yang aku nak cerita pun dah tak berapa ingat sangat. Mana yang ada jelah ek.

I'll make this very short, just less writing and more pictures. Is that okay? I assume, yes. Hehe. Okay so, hurm ni program Sophys yang keempat which was our second last for semester 3 (mine was the last, I've posted it already if you haven't read it then click here).

The preparation has been made 2 weeks early sebab kp and pkp tak nak ganggu kitorang masa tests & quizes week :") Hurmm yelah sebab dah masuk bulan November ni lagi banyak lah segala macam tests, quizes, due date assignments & preparation untuk presentations fuh semput 💦

Kitorang pernah meeting kat surau sampai pukul 12.30 malam tau sebab nak settlekan segala macam hal yang timbul. Even though dah lewat gila tapi rasa seronok sebab dapat rasa kesungguhan masing masing. Bonding time lah kiranya. Eceh padahal dah mengantuk tersengguk-sengguk ha 😂 Few days before program, masa tu lah nak beli hadiah, kain rentang, hiasan dan segala macam benda yang patut dibeli. Macam biasa, sama ada Diba, Zetwe atau Jiha yang akan drive. Ha yelah kalau nak harapkan aku, sampai hujung tahun depan pun tak bergerak kereta tu 🚘 Aku ditugaskan sebagai AJK Keusahawanan (tak habis lagi keusahawanan aku tu haiya I need something else meh) dengan Sayuti. Tugas kitorang adalah untuk cari peniaga luar dan juga students yang nak buka gerai masa hari program. If you know me, I hate to socialize with people. Especially strangers omg aku tak tahu topik apa yang nak dicakapkan. Jadi tugas yang aku dapat ni, sedikit sebanyak bantu aku untuk berurusan dengan orang luar.

The night before, semua Exco Sophys perempuan berkumpul kat rumah Shida' haha asyik rumah dia jelah yang jadi mangsa 😌 Kitorang nak buat kain rentang and hiasan untuk Bertam Sports Carnival so yezz kitorang lukis sendiri, cat sendiri, jahit sendiri, print sendiri, gunting sendiri, tampal sendiri etc. Kitorang mengharapkan Shida jelah yang lukiskan untuk kain rentang sebab kalau nak suruh aku dengan Yat hahaha kang tak rupa apa pula hee setakat lukis orang lidi tu kitorang terel lah 😋 Lama juga lah nak cat nya ha yelah konon nak buat two-tone alahai last sekali satu warna je keh keh nampak lah bakat seni tu macam tenggelam tak timbul-timbul. Habis je cat tu kitorang print and tampal hiasan untuk photobooth, hm quite a lot juga lah nak kena siapkan sampai around 2 am baru settle semua benda. Sebab tu jugalah aku tidur kat rumah Yat (lagi sekali 💖) sebab senang nak bangun pagi semua kang terlajak tidur kat bilik sendiri susah pula kan adeh.



Ha ko tengok ni betapa gigihnya Yat jahit

Pagi tu 4 November 2017 Alhamdulillah redup. Risau juga kalau-kalau hujan hm yelah kitorang punya aktiviti ni outdoor so, memang bergantung sangat lah dengan cuaca. Tugas aku pada hari program hanyalah lawat gerai yang buka then minta duit sewa tapak dari peniaga luar. Easy peasy. Lepas sahaja perasmian oleh Dr. Izani ada senamronik sikit ewah nak panaskan badan gitu 💃 Selepas tu bermula lah merentas desa tapi untuk program ni peserta diharuskan memakai kain batik atau kain pelikat. Tak kisah lah nak buat jadi skirt ke tengkolok ke ninja sekalipun, asalkan ada. Baru lah melambangkan "tradition" tu hehe. Tak jauh pun larinya, pusing dalam kawsan UiTM pastu kat kawasan luar sikit. Baru je dalam 10 minit larian bermula, hujan dah turun. Lebat pula tu Allahu. Nasib lah masa tu hampir semua students dah sampai kat garisan penamat. Disebabkan hujan yang tak tahu bila nak berhenti, kitorang berkumpul dalam Dewan Terbuka. Tak lama lepas tu, hujan stop. Apalagi, kita start lah dengan games. Macam-macam ada. Netball, bowling kelapa, giant ball etc. Tapi tulah, on off on off je games tu sebab hujan. Serious lebat gila, dengan angin kuat lagi. Aku kesian pula dengan pakcik makcik gerai yang buka huhu. Kesian semua ajk yang terpaksa mandi hujan untuk jayakan program. Aku antara yang baju kering tak kena hujan ehe hello bukan nak mengelat ok 😒 I'll tell you the truth at the end of this post. Maka, disebabkan oleh hujan yang lebat dan tak henti-henti turun dari pagi, masa program ni pun dengan tak sengajanya dragged sampai pukul 2.30 petang macamtu. Ha aku rasa sampai sini jelah kot yang penting 😉









Exco Sophys 17/18


Exco Sophys & Seki


I'd a bad cough for a month dari second week of third semester. Aku ingat batuk biasa jelah kot sebab aku degil tak nak makan ubat tapi batuk berkahak. Dari warna hijau ➞ coklat ➞ sekali tu ada darah sikit. Ha gila engko tak cuak adeh berdoa banyak lah harap semuanya ok. Pergi klinik, doktor bagi antibiotik and pesan kalau habis antibiotik tu still batuk juga terus pergi hospital untuk checkup tapi Alhamdulillah everything was fine so yeah tak yah pergi hospital. Sebab tulah aku tak mandi hujan sebab takut demam and condition jadi makin teruk. Aku batuk teruk gila duh dalam dk (dewan kuliah) batuk kuat gila aku rasa macam menganggu orang lain punya concentration huhu maafkan diriku yang lemah wahai kawan. Itu jelah ha that's the truth gais.

Bye, annyeong!

Comments