mini aida is here!

Thursday, 2 January 2025

 Salam and hello☺



A little life update ‒ I am now a mother to our smol Anya! Alhamdulillah for these amazing 9 months journey hehe sebenarnya still macam tak percaya dah jadi mak-mak ni πŸ˜‚ iyelah rasa macam baru je kenal Fila duk update dekat blog ni tuptup lah dah lahirkan anak dia dah hahahaha 


Still adapting with my new routine as a mom & my oxytocin rises every time I look at her. Amazed how this smol baby that I've been carrying around finally came out to this world. Semoga yang baik-baik saja anakku πŸ’› semoga Allah sentiasa melindungimu walau dimana saja kamu berada, Aamiin!! 

Bismillahi MasyaAllah


Rabu 10/7/2024 : 35 weeks 2 days


5.00pm: The whole day schedule Aida penuh dengan students dari pagi sampai lah ke petang. Memang masih gagahkan diri melompat atas trampoline dengan students 1 to 1 sessions sambil terpaksa angkat diorang (2-4 tahun) disebabkan diorang avoid untuk buat πŸ₯Ή time ni memang dah mengah & tak larat sangat dah so banyak buat aktiviti sambil duduk je 🀣 perut rasa cramp2 sikit but very mild macam nak period tu. Colleagues pun siap cakap ligat sangat ni mau terberanak esok 🀣 


10.30pm: Abah siap pancing guna durian suruh kita makan tapi terpaksa lah tolak sebab perut rasa sakit2 😫 risau pulak kalau makan nanti makin sakit huhuhu terpaksa lah tahan air liur ni 😭 masuk tido awal sebab dah ngantuk & esok pulak kerja


Khamis 11/7/2024 : 35 weeks 3 days


1.30am: Terjaga dari tido sebab rasa sakit ni kuat sikit dari petang tadi. Nak tido balik tapi the intensity of the contraction buat aida tak boleh tido. Rupanya semua yang rasa contraction pun akan cakap memang tak dapat tido πŸ₯² kehulur kehilir jalan kat dapur tapi bila sakit tu datang stop kejap jalan sebab agak sakit jugak actually. Buat deep breathing technique sambil ulang doa Nabi Yunus. 


3.30am: Masih berjaga, tahan contraction sambil tengok timing setiap 7 minit. Beg hospital tak settle lagi, yang penting baby punya dah settle! So terus lah kemas2 sambil tak boleh tido tu. Sempat jugak lah edit 2 videos tiktok sweet2 dengan suami hahahaha iyelah kan korang kita ni baru je sambut 1st anniversary 8hb 🀭 


9.00am: Ingatkan nak pergi kerja tapi disebabkan contraction pun makin kuat, makin kerap every 5 mins, tak jadi lah kita. Dalam hati “ada pulak yang terberanak dekat centre kang” 🀣 pagi tu memang dah nangis salam cium mama 😭 siap tanya soalan “mama, sakit tak beranak?” Sambil meleleh air mata 😭 takut wakkkk huhu macam2 dalam kepala kita ni! 


9.30am: Pergi dekat PAC terus check CTG sebab nurse ni mukanya macam tak percaya kita ada contraction πŸ₯Ή iyelah kita ni baru 35w awal lagi kalau ikutkan hahaha tapi dorang terkejut lah bil tengok result CTG tu ada contraction, terus doc seluk untuk check bukaan. Know2 dah 3 cm dah korangggg πŸ˜– doc pun tak kasi balik, terus lah Aida tukar uniform mak2 baju pink polka dot, insert branula & masuk wad 😬 


10.00am: Kita punya lah ketakutan sebelum datang tadi hahaha bila masuk wad macam tenanggggg~ 🀣🀭 tengok mak2 yang tunggu hari tunggu masa rileks je so kita pun terikut rileks gais. Nurse masukkan ubat tahan sakit yang inject kat punggung sebab awal lagi & kalau boleh nak stopkan contraction tu sebab taknak bagi bersalin awal. Lepas inject ubat tu terus kita boleh tido lena sampai lah tengahari. 


2.15pm: Sakit contraction datang balik sebab ubat habis agaknya. Masih boleh rileks lagi walaupun sakit2 sikit. Masa ni ada sorang akak datang borak2, kita pun tanya lah itu ini. Dia cakap beruntungnya aida sebab contraction datang naturally & ada bukaan πŸ₯Ή sebab dia dah 2 hari kena tahan wad and takde bukaan lagi, dah siap kena induce ubat & masuk belon tau!!! Darah dia dah ada kat lantai, sakit sangat dia kata 😭 so aida rasa bersyukur sangat2 sebab walaupun sakit tapi still ada progress bukaan πŸ₯Ή


6.00pm: Husband, mama, adik & abah datang melawat. Masa ni dah tak sangat intense contraction datang. Every 3 mins with very intense contraction pain πŸ₯΅ sangatttt sakit ye like I will rate it as ♾️/10!!!! 😭😭😭 cannot think straight & cannot breath properly ya Allah sakit sangat tau masa ni πŸ₯Ή kaki tangan suami dah genggam sekuat mungkin ye tahan contraction! tengok dekat wad tu kita je paling sakit, sebab yang lain belum ada contraction & takde tanda nak bersalin lagi. Kita lah orang yang baru masuk wad tapi paling awal lah yang dah nak bersalin dekat situ 😍😭 tapi nurse suruh kita tunggu wakkk sampi habis waktu melawat ya Allah nak nangis kita 😭


7.30pm: Nurse panggil untuk check bukaan sebab dah nampak kita sakit gilaaaa time ni 😭 doc check dah 6cm and terus kena tolak masuk labour room. Kita punya expectation keadaan bersalin tu macam dalam drama so agak terkejut bila tengok katil bersalin tu cenggitu je plus ada 2 orang je nurse 🀣 alhamdulillah luckily kawan ibu yang on duty so ibu mintak dia sambutkan baby 🫢🏻 kawan ibu sangat helpful okayyyyy 😭 


8.20pm: Alhamdulillah lahirlah seketul Anya! 🫢🏻😍


Introducing our little princess, the apple of our eyes, penghuni rahim pertama mama:


✨Anya Ayana; rahmat, bunga yang indah 

✨Natural, normal delivery @ 35w3d

✨ 2.44kg, 44cm


Semoga Anya menjadi anak yang solehah, penyejuk hati mama baba, sentiasa menghormati orang tua, membesar dengan sihat, cerdik, baik, dan cantik πŸ’“

Comments