Thursday 17 December 2020

probably my first and last as Pengarah Program masa degree

13 Disember 2020 – Persatuan Pelajar Pemulihan Carakerja (OTSA), Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah melabuhkan tirai bagi program Youth Entrepreneurship Sharing (YES) 2020. Program ini diadakan bertujuan sebagai satu platform kecil bagi para pelajar untuk lebih mendedahkan diri tentang bidang keusahawanan walaupun masih berstatus pelajar seterusnya menjinakkan diri mereka dalam bidang keusahawanan

 




Bersesuaian dengan pembelajaran norma baharu, program ini telah diadakan secara maya, melalui platform Microsoft Teams. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dengan kehadiran 148 orang mahasiswa UiTM Kampus Puncak Alam berserta 13 orang ahli jawatankuasa pelaksana daripada Persatuan Pelajar Pemulihan Carakerja. Program ini dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian Pemulihan Carakerja, Dr Padma binti A. Rahman. Penceramah jemputan Cik Nur Iylia Binti Malek merupakan Pengarah IyliaMalek Empire Sdn Bhd. Beliau telah berjaya menjual sebanyak 15,000 helai tudung dalam masa sebulan dan mencapai jualan RM1 juta dalam setahun. Antara isi perkongsian program yang berlangsung selama hampir 2 jam ini adalah tips-tips perniagaan sebagai dropship termasuk dari segi marketing, pengurusan kewangan, cara penyimpanan database customer dan langkah mudah close sale.

 


Para peserta turut berkesempatan mengajukan pelbagai soalan yang berkaitan dengan perniagaan ketika sesi soal jawab di hujung program. Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan berjaya menarik minat mahasiswa secara tidak langsung untuk terus berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Diharapkan agar menerusi program ini para peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam perniagaan masing-masing dan seterusnya membawa kearah kebaikan UiTM dan negara.