13 Disember 2020 – Persatuan Pelajar Pemulihan Carakerja (OTSA), Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah melabuhkan tirai bagi program Youth Entrepreneurship Sharing (YES) 2020. Program ini diadakan bertujuan sebagai satu platform kecil bagi para pelajar untuk lebih mendedahkan diri tentang bidang keusahawanan walaupun masih berstatus pelajar seterusnya menjinakkan diri mereka dalam bidang keusahawanan
Bersesuaian dengan pembelajaran norma
baharu, program ini telah diadakan secara maya, melalui platform Microsoft
Teams. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dengan kehadiran 148
orang mahasiswa UiTM Kampus Puncak Alam berserta 13 orang ahli jawatankuasa
pelaksana daripada Persatuan Pelajar Pemulihan Carakerja. Program ini
dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian Pemulihan Carakerja, Dr Padma binti A.
Rahman. Penceramah jemputan Cik Nur Iylia Binti Malek merupakan Pengarah
IyliaMalek Empire Sdn Bhd. Beliau telah berjaya menjual sebanyak 15,000 helai
tudung dalam masa sebulan dan mencapai jualan RM1 juta dalam setahun. Antara
isi perkongsian program yang berlangsung selama hampir 2 jam ini adalah tips-tips
perniagaan sebagai dropship termasuk dari segi marketing,
pengurusan kewangan, cara penyimpanan database customer dan langkah
mudah close sale.
Para peserta turut berkesempatan
mengajukan pelbagai soalan yang berkaitan dengan perniagaan ketika sesi soal
jawab di hujung program. Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan
lancar dan berjaya menarik minat mahasiswa secara tidak langsung untuk terus
berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Diharapkan agar menerusi program ini para
peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam perniagaan
masing-masing dan seterusnya membawa kearah kebaikan UiTM dan negara.
Comments