Thursday, 17 December 2020
probably my first and last as Pengarah Program masa degree
13 Disember 2020 – Persatuan Pelajar Pemulihan Carakerja (OTSA), Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah melabuhkan tirai bagi program Youth Entrepreneurship Sharing (YES) 2020. Program ini diadakan bertujuan sebagai satu platform kecil bagi para pelajar untuk lebih mendedahkan diri tentang bidang keusahawanan walaupun masih berstatus pelajar seterusnya menjinakkan diri mereka dalam bidang keusahawanan
Bersesuaian dengan pembelajaran norma
baharu, program ini telah diadakan secara maya, melalui platform Microsoft
Teams. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dengan kehadiran 148
orang mahasiswa UiTM Kampus Puncak Alam berserta 13 orang ahli jawatankuasa
pelaksana daripada Persatuan Pelajar Pemulihan Carakerja. Program ini
dirasmikan oleh Ketua Pusat Pengajian Pemulihan Carakerja, Dr Padma binti A.
Rahman. Penceramah jemputan Cik Nur Iylia Binti Malek merupakan Pengarah
IyliaMalek Empire Sdn Bhd. Beliau telah berjaya menjual sebanyak 15,000 helai
tudung dalam masa sebulan dan mencapai jualan RM1 juta dalam setahun. Antara
isi perkongsian program yang berlangsung selama hampir 2 jam ini adalah tips-tips
perniagaan sebagai dropship termasuk dari segi marketing,
pengurusan kewangan, cara penyimpanan database customer dan langkah
mudah close sale.
Para peserta turut berkesempatan
mengajukan pelbagai soalan yang berkaitan dengan perniagaan ketika sesi soal
jawab di hujung program. Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan
lancar dan berjaya menarik minat mahasiswa secara tidak langsung untuk terus
berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Diharapkan agar menerusi program ini para
peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam perniagaan
masing-masing dan seterusnya membawa kearah kebaikan UiTM dan negara.
Friday, 20 November 2020
again got busted!
Sunday, 20 September 2020
you're the best birthday present of all ❤️
For my first post, aida nak share sebab nak simpan hadiah and kenangan indah ni dekat sini. I don't know what the future may holds, but I wish you're included as well.
Masa birthday bulan 4 haritu, disebabkan pkp aku tak boleh nak jumpa Fila. Sedih lah sebab kalau boleh nak jumpa huhu. Tapi walaupun tak dapat nak celebrate sekali hehe dapat vidcall pun dah 1001 kebahagiaan bagi aku. Best sebab he's my present! π Sebab dia pakai reben dekat kepala hehehehehe comellll aida takleh stop gelak sebab kiut sangat!!!!!!!!
Thank you so much sayang! ❤️π₯Ί For your endless and never ending love, your overwhelming support, your huge trust and for your patience ✨π i am a very happy when you around!! I feel loved and that's more than enough!
Hope next time, we could celebrate our birthday together ! ✨π₯° Thank you so much my handsome boy π
Thursday, 4 June 2020
Aeda Scarf
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful
Assalamualaikum π» happy 2020 and salam syawal everyone!
It really has been so long since my last post kan? Hehe sorry π₯Ί
Sebenarnya Aida ada nak mintak tolong sikit dari sesiapa yang baca ni ✨ can you guys help my igshop @aedascarf by click 'follow' button atau promote it somewhere π
In stock sekarang MIKAYLA collection ❤ all together ada 20 colours tapi ada 3 colours yang dah sold out π₯° hehehehe so for those yang belum tahu, MIKAYLA is a textured satin silk crepe yang sangat mudah pakai and mudah bentuk. You can go pin or pinless. Tak payah iron pun masih terletak elok sangat. Kalau risau tak reti pakai satin, jangan takut. Material MIKAYLA ni satin silk crepe ok dia kat bahagian dalam sedikit kesat tak licin sangat jadi taklah bergerak semacam tudung korang.
I really do appreciate if you guys support my igshop!