scream for Munafik 2

Friday, 21 September 2018

Salam.


Well, well i know i am late for Munafik 2 but who cares.

The tickets here are bloody expensive duh RM17 on the first week of its release, i'm done. Dah masuk minggu keberapa dah ni barulah murah kit ha tu pun masih RM15 ;(( aku nak nangis tahu tak wey kenapa MBO mahallllll dah lah duduk sini takde shopping mall aku bosan 😑

First movie in Teluk Intan ✌

Okay, since i have 3 days cuti jadi hari jumaat after habis kerja pukul 5 terus kitorang beli tiket wayang. Duit dah makin surut, tapi still hulur juga demi sokong filem tempatan ;b acahnya omg!!!

Harapnya aku tak menjerit, itu harapan aku.

Kitorang ambil tiket yang pukul 8:05 pm sebab tak nak balik lambat sangat. Kan naik motor jadi kena lah balik awal. Mulanya masuk tu ingat ramai orang, tup tup kitorang bertiga je dalam tuh. Pelik juga kenapa takde orang, ok biar jelah. Few minutes after that baru lah muncul manusia-manusia lain. Mak, ayah, kakak, abang, adik, even baby pun ada.

Sempat habiskan popcorn sebelum 10 minutes pertama cerita 😂 tapi bersyukur doh sebab lepas tu tak dan nak makan. Asyik duk sibuk menjerit. Aku dengan Hayati dah berpeluk dah, berkepit je aku kat ketiak Hayati. Dah tengok cerita seram, normal lah kan menjerit. Aku dengan Hayati nih apa lagi jerit lah sampai nak terkeluar anak tekak sebab takut nak mati (serious do aku takut).

Pelik.

Kenapa orang lain tak jerit? Kenapa budak kecik tak nangis? Kenapa baby senyap je?

MASALAHNYA KENAPA AKU SORANG JE YANG MENJERIT?!?!

Kaki aku dah sampai kat atas kerusi tahu tak ya ampun 😖 popcorn memang tak sentuh dah lah jawabnya. Tangan Hayati, aku tak lepas.

Suara aku dengan Hayati je yang menjerit dari awal sampai akhir ><

Habis wayang, keluar je cinema dah boleh dengar orang cakap-cakap, "Ha tulah orang belakang yang jerit jerit tu hahahahaha" They were laughing at us weh srslah!! Ish ko lah yang pelik siapa suruh tak nak jerit, monolog dalam hati.

Okay, apa-apa pun sumpah best Munafik 2 memang tak menghampakan langsung. Tak rugi lah duit RM15 aku tu hahahaha 👅 Tapi kenapa Adam mati whyyyyy baru harap nak ada Munafik 3 huhu #goodjobshamsul #jangancakapakulayankdramaje #akumalu #ishouldntwatchhorrormovieafterthis

Comments