Thursday, 12 June 2025
life update; may 2025
Hi people, we’re almost mid of June so here’s another life update that no one ask for. Just for the sake of memories so that when I turn 40s, I can look back and see what I did during my 20s 😬
May 2025 wasn’t really a great month tho. Got into car accident twice in a month wasn’t in my plan. First, I crashed the block infront my parents’ house. The post accident car condition was SOooOOo bad!! I will put the picture below. Second, I got into accident with my husband. He drove the car, but I was the one who cried. It wasn’t as bad as the first one but it involved other car so hurmmm 🫤 Those accidents really affect me tho, because I had trauma when I was in high school thus I still haven’t had a license till now. And in May, I have QTI (pre-test jpj) & I was so nervous. But Alhamdulillah lulus 😮💨 legaaaa!! So we’ll see how my JPJ test result will look like in 30 June.
One of the thing that I need to highlight in May is our Cameron Highland short trip hehe. T'was my first time in Cameron. Tak suka sebab jalan dia, pening. Aku muntah ye nasib ada plastic bag. Tapi kat atas tu enjoy lah sebab sejuk and tenang. Aku suka gilaaa scones dekat KMH huwa nak lagi please!! Gonna put some photos here for Anya to see when she grows up.
Another update on my home-based and center-based OT, alhamdulillah clients semakin banyak. Schedule boleh kata penuh jugak for 1 person to handle tapi alhamdulillah. Session untuk playgroup dekat HH Playschool & Prechool dah start and banyak sebenarnya peluang OT dekat sekolah. Banyak travel sikit lah this May and June hehe semoga diberikan kesihatan yang baik untuk terus bagi yang terbaik untuk anak-anak.
Okay lah, nanti aku update lagi.
Tuesday, 22 April 2025
life updates; april 2025
So here's a little update of my april 2025;
Life's good, alhamdulillah. I can FINALLY rest a bit after working 7 days a week for about 4 months. Very very exhausted to work full time 8-5 on weekdays and extra sessions on weekends. But it's all worth it. Well, april 2025 is actually first month after my resignation. Jadi aku ada extra time for my baby, my fams and for myself.
Doots bites (my dessert business) dah setahun lebih dah rupanya! Alhamdulillah, permulaan perniagaan yang penuh dengan keraguan, tak tahu hala tuju, risau takde customers => sekarang tak terkira dah berapa box cheesetart and strudel yang terjual 😍 bulan ni banyak sangat order sebab hari raya kan hehehe tempahan untuk majlis company, open house etc. Selagi ada kudrat, selagi ada bahan, kita pulun je. Haha itu lah concept yang aku selalu pegang. Selalu cakap Nak Kaya tapi kalau sendiri malas macam mana nak kaya kan. Rezeki tak datang bergolek, kalau kita usaha insyaAllah Allah bagi rezeki tu.
Untuk Hanya at Home Therapy, alhamdulillah ada clients tetap every month. Ada yang ambik pakej 4 sessions/month, ada yang 2 sessions/month. Ada new clients untuk May and the upcoming month, insyaAllah. Excited for a new collaboration between HAHT dengan AK starting end of this month 😍 I'll be bringing my HAHT students to the centre for centre-based therapy this weekend hehe. Teruja nak tengok anak-anak punya penerimaan tentang this place.
As for freelance job as a paediatric OT, apart from collaboration with AK, I also responsible to train the teachers and staffs at AK. Tugas yang besar, semoga boleh galas tanggungjawab ni dengan baik. I also will be working with RCC and HH. Bersyukur sebab diberi peluang untuk explore and belajar banyak lagi dalam dunia OT and SPEDU ni.
Till next update!
quitting my full-time OT job
Wednesday, 12 February 2025
home-based therapist @hanyaathome
Salam hi everyone!
After being a paediatric occupational therapist for over a year, and countless hours of OT and EIP sessions, I'm finally stepping out of my comfort zone. I started a new business as, Hanya at Home Therapy. I am now a home-based occupational therapist on weekend! 😎 Instead of working from Monday to Friday, I am here working from Monday to Sunday. Penat tu jangan cakap. Tapi kepuasan yang aku dapat bila nampak progress anak-anak syurga ni masyaAllah sangat bestttt ye 😍
Mula-mula tu struggle lah sikit sebab kita kan introvert, nak pulak kena pergi rumah orang, consult with parents on their child's development. Tapi Alhamdulillah dengan support from my husband, Fila everything turns out as I planned. Terima kasih abang sebab hantarkan aida dari Kajang ke KL ke Kota Warisan. Besar pengorbanan suami dan anak saya 😭
Here's to many more carrying wagon loaded with toys, achievements and endless progresses with Hanya at Home Therapy 💓
Follow @hanyaathome on Instagram to support me & my anak-anak syurga ❤ semoga suatu hari nanti aku dapat buka satu centre for my special need kids and also a coffee place yang mana parents boleh duduk minum sambil tunggu anak-anak habis OT session.
Thursday, 2 January 2025
mini aida is here!
Salam and hello☺
A little life update ‒ I am now a mother to our smol Anya! Alhamdulillah for these amazing 9 months journey hehe sebenarnya still macam tak percaya dah jadi mak-mak ni 😂 iyelah rasa macam baru je kenal Fila duk update dekat blog ni tuptup lah dah lahirkan anak dia dah hahahaha
Still adapting with my new routine as a mom & my oxytocin rises every time I look at her. Amazed how this smol baby that I've been carrying around finally came out to this world. Semoga yang baik-baik saja anakku 💛 semoga Allah sentiasa melindungimu walau dimana saja kamu berada, Aamiin!!
Bismillahi MasyaAllah
Rabu 10/7/2024 : 35 weeks 2 days
5.00pm: The whole day schedule Aida penuh dengan students dari pagi sampai lah ke petang. Memang masih gagahkan diri melompat atas trampoline dengan students 1 to 1 sessions sambil terpaksa angkat diorang (2-4 tahun) disebabkan diorang avoid untuk buat 🥹 time ni memang dah mengah & tak larat sangat dah so banyak buat aktiviti sambil duduk je 🤣 perut rasa cramp2 sikit but very mild macam nak period tu. Colleagues pun siap cakap ligat sangat ni mau terberanak esok 🤣
10.30pm: Abah siap pancing guna durian suruh kita makan tapi terpaksa lah tolak sebab perut rasa sakit2 😫 risau pulak kalau makan nanti makin sakit huhuhu terpaksa lah tahan air liur ni 😭 masuk tido awal sebab dah ngantuk & esok pulak kerja
Khamis 11/7/2024 : 35 weeks 3 days
1.30am: Terjaga dari tido sebab rasa sakit ni kuat sikit dari petang tadi. Nak tido balik tapi the intensity of the contraction buat aida tak boleh tido. Rupanya semua yang rasa contraction pun akan cakap memang tak dapat tido 🥲 kehulur kehilir jalan kat dapur tapi bila sakit tu datang stop kejap jalan sebab agak sakit jugak actually. Buat deep breathing technique sambil ulang doa Nabi Yunus.
3.30am: Masih berjaga, tahan contraction sambil tengok timing setiap 7 minit. Beg hospital tak settle lagi, yang penting baby punya dah settle! So terus lah kemas2 sambil tak boleh tido tu. Sempat jugak lah edit 2 videos tiktok sweet2 dengan suami hahahaha iyelah kan korang kita ni baru je sambut 1st anniversary 8hb 🤭
9.00am: Ingatkan nak pergi kerja tapi disebabkan contraction pun makin kuat, makin kerap every 5 mins, tak jadi lah kita. Dalam hati “ada pulak yang terberanak dekat centre kang” 🤣 pagi tu memang dah nangis salam cium mama 😭 siap tanya soalan “mama, sakit tak beranak?” Sambil meleleh air mata 😭 takut wakkkk huhu macam2 dalam kepala kita ni!
9.30am: Pergi dekat PAC terus check CTG sebab nurse ni mukanya macam tak percaya kita ada contraction 🥹 iyelah kita ni baru 35w awal lagi kalau ikutkan hahaha tapi dorang terkejut lah bil tengok result CTG tu ada contraction, terus doc seluk untuk check bukaan. Know2 dah 3 cm dah korangggg 😖 doc pun tak kasi balik, terus lah Aida tukar uniform mak2 baju pink polka dot, insert branula & masuk wad 😬
10.00am: Kita punya lah ketakutan sebelum datang tadi hahaha bila masuk wad macam tenanggggg~ 🤣🤭 tengok mak2 yang tunggu hari tunggu masa rileks je so kita pun terikut rileks gais. Nurse masukkan ubat tahan sakit yang inject kat punggung sebab awal lagi & kalau boleh nak stopkan contraction tu sebab taknak bagi bersalin awal. Lepas inject ubat tu terus kita boleh tido lena sampai lah tengahari.
2.15pm: Sakit contraction datang balik sebab ubat habis agaknya. Masih boleh rileks lagi walaupun sakit2 sikit. Masa ni ada sorang akak datang borak2, kita pun tanya lah itu ini. Dia cakap beruntungnya aida sebab contraction datang naturally & ada bukaan 🥹 sebab dia dah 2 hari kena tahan wad and takde bukaan lagi, dah siap kena induce ubat & masuk belon tau!!! Darah dia dah ada kat lantai, sakit sangat dia kata 😭 so aida rasa bersyukur sangat2 sebab walaupun sakit tapi still ada progress bukaan 🥹
6.00pm: Husband, mama, adik & abah datang melawat. Masa ni dah tak sangat intense contraction datang. Every 3 mins with very intense contraction pain 🥵 sangatttt sakit ye like I will rate it as ♾️/10!!!! 😭😭😭 cannot think straight & cannot breath properly ya Allah sakit sangat tau masa ni 🥹 kaki tangan suami dah genggam sekuat mungkin ye tahan contraction! tengok dekat wad tu kita je paling sakit, sebab yang lain belum ada contraction & takde tanda nak bersalin lagi. Kita lah orang yang baru masuk wad tapi paling awal lah yang dah nak bersalin dekat situ 😍😭 tapi nurse suruh kita tunggu wakkk sampi habis waktu melawat ya Allah nak nangis kita 😭
7.30pm: Nurse panggil untuk check bukaan sebab dah nampak kita sakit gilaaaa time ni 😭 doc check dah 6cm and terus kena tolak masuk labour room. Kita punya expectation keadaan bersalin tu macam dalam drama so agak terkejut bila tengok katil bersalin tu cenggitu je plus ada 2 orang je nurse 🤣 alhamdulillah luckily kawan ibu yang on duty so ibu mintak dia sambutkan baby 🫶🏻 kawan ibu sangat helpful okayyyyy 😭
8.20pm: Alhamdulillah lahirlah seketul Anya! 🫶🏻😍
Introducing our little princess, the apple of our eyes, penghuni rahim pertama mama:
✨Anya Ayana; rahmat, bunga yang indah
✨Natural, normal delivery @ 35w3d
✨ 2.44kg, 44cm
Semoga Anya menjadi anak yang solehah, penyejuk hati mama baba, sentiasa menghormati orang tua, membesar dengan sihat, cerdik, baik, dan cantik 💓