Saturday, 23 February 2019

i'm not alone & you are too

Salam.


Honestly, aku bersyukur sangat dan berterima kasih dengan Allah for sending me this one friend who has more knowledge about Islam than I do & selalu ajak aku pergi masjid atau surau untuk kuliah maghrib, bacaan yasin dan sebagainya. Aku sangat la "WOW" (amazed) dengan efforts dia tau, dia bersungguh tengok kat facebook surau dekat dengan rumah sewa kitorang untuk tahu aktiviti surau throughout the month.

Dipendekkan cerita, habis bacaan yasin kat masjid khamis lalu kitorang berdua pun balik rumah. On our way home, she suddenly shared her thought yang aku rasa dah lama dia simpan. She told me she always wanted to build her own family (in the future) yang more islamic. In other words, lebih dekat dengan Allah contohnya selalu pergi masjid etc. Dahtu dia bagitahu lagi yang kita ni nak macam-macam, nak keluarga islamik lah apa semua but then diri kita masih banyak kekurangan. Kita malas pergi masjid and malas nak tuntut ilmu agama (ni apa yang aku rasa dia cuba sampaikan).

Then, I told her yang aku seronok tengok kat drama tv yang satu family akan solat berjemaah sekali and how I wish my family is like that. Dia pun macam Aah I pun nak macamtu jugak. Adding to that point, dia bagitahu la yang her dad bukan la yang jenis selalu sangat pergi surau cuma these days ada pergi & y'know what, my dad is exactly liddat as well :"))))

Teringat pulak masa pergi rumah dia, mak dia ada cakap dengan aku yang dia and her sister ni berbeza. My friend ni jenis yang kena belajar bagai nak rak, baru la dapat good grades. Back in uni, I always thought she is one of top student in our department. Dalam course yang ambik which is Diploma in Pharmacy, aku selalu rasa aku antara those who get lower grades sebab dalam kelas pun aku antara yang rendah jugak la. Everyone is so damn genius duh aih. Just recently, kitorang opened up with each other and shared our cgpa. Then, I realized one thing. She was struggling with studies just like me masa dekat bertam. I always thought I am the only one yang struggle untuk at least lulus in each subjects. I was at my lowest early of semester 4 that I wished to end my diploma. Bongok kan.

Dearself, please know you're not alone walking on this difficult path. Ada ramai lagi kat luar sana yang berhadapan dengan masalah yang sama, cuma kau tak nampak. Because people don't want to show their dark sides in their socmed. Just like how you want to upload only good stuffs on Instagram, macamtu jugak dengan orang lain.

Percayalah, "Your life timeline is different from others. Orang lain mungkin berjaya masa umur 26 tahun, dan Tuhan akan berlaku adil kepada anda and make you successful maybe at the age of 27, 28, 29 or even 30. The point being here is, eventhough you're not successful now, it doesn't mean God is so cruel that He won't give you the opportunity to be successful in the future. You just have to be patience and work for it. There's reasons why qada' & qadar is mysterious to you and unknown to you but known to God, so that you can change your own takdir qada' & qadar" - Hazeman Huzir

Well, I really love those words and his point is ðŸ’Ŋ!

One of the blessing I received these days is Like, He knows that I'm trying to change to become a better version of myself but there are tons of whisper from satans yang buat aku malas and here you go, He sends me a good friend who can brings me closer to Him. Awww how beautiful is that ðŸŒŧ😭

Till then, xx

Wednesday, 20 February 2019

idk

Hi ðŸŒą


Playing song: Akdong Musician - Last Goodbye

Memalam ni tetiba teringat pulak kat nuel haha sebab dia la satu-satunya yang banyak tolong aku kat bertam. Orang yang paling rajin hulur tangan walaupun ada banyak lagi benda dia nak kena buat & tests berderet tapi dia still okay.

Kalau la ada orang sepesen macam dia kat hti ni mesti best do!!!!

Orang paling aku rasa comfortable walaupun dia gelak ya Allah satu kafe boleh dengar lolllll tapi mana lagi nak jumpa kawan camni.

Tapi segan lak aku nak tanya khabar sebab haritu aku dah geram pasal dia tak seen pun wish aku masa birthday dia aih kata kembar tapi dm pun tak reply aih pebenda weh.

Till then xx

playing tourist | geng grb roadtrip to Teluk Senangin Beach

Salam.


Okay ni second post on playing tourist section hehehe excited jugak la sebab plan ni impromtu sangat!!! Pukul 11 malam before bertolak esok paginya tu baru tiba-tiba keluar idea nak pergi Manjong, Perak ðŸŒą

9th February 2019
Around pukul 8 pagi kitorang (complete 9 housemates, grb gang) dah bertolak dari rumah by cars. The cars fulled with bags (clothes, toiletries, etc), food and also tikar untuk berkelah.

Grb stands for geng rumah banglo (acah giler)

Separuh jalan tu stop kejap dekat kedai makan sebab nak tapaw roti canai untuk breakfast kat pantai. Hehe. Lebih kurang 2 jam jugak dari Teluk Intan nak sampai kat Pantai Teluk Senangin. Aku, nisa dan dayah naik kereta dba meanwhile sarah, yat, ecah dan nazirah naik kereta eyan.

Sampai je kat Pantai Teluk Senangin aku dah amazed dengan keindahan alam. Tambah lagi dengan angin sepoi-sepoi pergh memang layan la hahaha ðŸŒī Dah berapa lama aku tak jejak kaki kat pantai. Last sekali masa aku sekolah rendah kot if I'm not mistaken la. Lepas ambik beribu-ribu gambar & bentang tikar, kitorang pun makan roti canai yang dibeli tadi tu ha. Tapi aku makan pun main sumbat je sebab nak cepat hehehe excited nak mandi laut for the first time in 8 years dooo 💃ðŸŧ

Can you see how excited we were?

Malam sebelum bertolak tu 3 kali video call dengan mama disebabkan nak pujuk & mintak permission supaya boleh mandi laut aih. Air paras pinggang tak boleh, paras lutut tak boleh and paras buku lali tak boleh. Habis tu takkan la tengok je huhu. Jadi aku pujuk lagi sampai dapat mandi paras lutut.

Tapi kan dah seronok sangat main air sampai paras lutut pun dah confused dengan paras kepala HAHAHAHA teruk!! 😂 tapi best gila walaupun air masin & pedih sikit mata tapi segar sangat especially sebab cuaca redup 💖 yang mandi laut aku, nisa, yat, sarah, eyan dengan ecah je. Kami la yang duk lompat lompat dalam air, main kapal selam, timbus pasir kat yat & semua benda yang kebudak-budakan ðŸĪŠ almost 2 hours jugak kitorang mandi laut sampai pukul 12 lol sebab tu la burn teruk walaupun dah lumur sunblock 4 jari ðŸĪĶðŸŧ‍♀️

Lompat sana, lompat sini ðŸĪĶðŸŧ‍♀️

Choo choo train hihih

Perlu di-censored sebab tak senonoh hahaha

Before zohor kitorang pergi rumah eyan kat damar laut sebab nak solat sana. Best!!!!! Dikelilingi pokok and laut yeyeyeye aman gila tahu ðŸŒŧ lepas makan tengahari kitorang gerak pergi Aeon Manjung tapi before tu depa ni duk sibuk nak main bowling jadi ikutkan jelah since ni "short vacay" kan kekeke. Lepas main bowling terus gerak Aeon kat sebelah. Pusing-pusing situ sampai la maghrib (maklumlah Teluk Intan got no mall). Lepas maghrib singgah pasar malam jap sebab lapar.

Kononnya nak balik Teluk Intan tau tapi terjadi 2 days trip sebab dah malam & bahaya balik lambat. Maka, kami pun balik ke rumah eyan 😋 padahal tadi semua sombong konon tak nak tidur sana dah siap salam mak eyan bagai luls.

10th February 2019
The next day, hari ahad biasanya kan memang bangun lewat jadi terbawak-bawak la semua habit tu especially semalam dah penat kuak lentang apa semua dalam laut 🏊‍♀️ dalam pukul 11 macam tu, aku dengan nisa semangat naik basikal dari rumah ke jeti & sarah dengan yat pulak naik motor. Serious best macam kampung-kampung yang haih best la senang cerita!! Masalahnya keluar rumah pergi jeti tak pakai tudung hahaha okok jangan kecam tau. Kitorang pakai tuala pastu guna penyepit baju as pin 😂😂 nasib la tkde mamat-mamat hensem lalu ke apa #sempatlagitu

Kitorang main buaian dulu 3 4 rounds before gerak balik. Keluar rumah lepas zohor and sempat singgah jeti & lumut sekejap. Uish kalau korang pergi lumut, singgah la jeti damar laut tau!!!!! Dia opposite dengan lumut. Angin dia masyaAllah kuat dahtu cantik pulak.

Kitorang gerak balik dari Lumur ke Teluk Intan lepas asar and singgah solat kat surau memana tah. First masjid tu bila dah masuk kawasan rasa seram weh sebab pintu tutup, pastu batu hancur hancur. Rupanya masjid tu dah pindah tempat lain. Mencari la kitorang masjid lain sebab dah nak dekat pukul 7. Jumpa satu surau ni okay la solat jelah kan. Masa nak balik tu ternampak pulak ular eeeee cuak gila!!!! Dah jerit jerit dah kitorang (well, biasalah kitorang kan over haha). Kitorang sampai dekat nak maghrib jadi kitorang singgah lu kat masjid pekan sebab nak pergi makan malam ramai-ramai #shortvacayalmostup

Ha mcmtu la cerita geng grb sudden short vacay hehehe 🙆ðŸŧ‍♀️

If you want to look at the short vid I've edited, please do so thru my instagram hehe click je kat icon atas tu and you'll be directed to my account 💛

Thursday, 14 February 2019

my Kang Daniel lipbalm

Hi anyeong! 💖


First of all, happy vday to those who celebrate this love month ✨ I'll just celebrate it with my Daniel lipbalm I received few weeks ago yay Alhamdulillah

To those yang follow me on instagram mesti dah tahu yang penantian aku selama 6 bulan untuk Kang Daniel lipbalm (semata-mata weh) menemui pengakhiran fuhhhh after all the struggles I went thru sampai banyak drama air mata aih :')

Thank you so much to my supplier yang tolong keluarkan my precious lipbalm dari DLO dekat Poslaju Shah Alam & sent the parcel back to me huhu rasa nak nangis masa dapat pegang parcel tu ya Allah emotional terukkkkk

Antara sebab aku suka lipbalm ni (1) ada gambar Kang Daniel yang takkan dapat kat lipbalm lain (2) colour pink hehehehe cute sangat!! (3) bau wangi yang aku rasa nak jilat hahaha

After 6 months of waiting ðŸŒŋ

Aih thank you for coming to me safely <3 💜