Saturday, 13 April 2019

#aidaturns21


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful


Assalamualaikum, hello lovely readers 🙆🏻‍♀

On 8th April, I'm officially turning 21 🤧 it's a huge blessing from Allah 💛

Alhamdulillah, thank you Allah for giving me chances to breathe and repent every single day until now ❤ I'm more than grateful to be born as Muslim, although I'm far from pious, but still I'm getting myself there one day insyaAllah. Thank you Allah for giving me the best mama, abah and adik!! 💗 thank you Allah for the friends I had, have and will have later 🙆🏻‍♀ thank you Allah for all the good things that make me happy and also for the bad things that taught me to be wiser and stronger than I used to be. Also, thank you Allah for everything. I won't be here in this dunya if it wasn't because of you.

My 21st birthday had a good start lah I guess since I got a birthday call from my crush hahahahahaha nervous nak mampus. He sang me a birthday song duh aku cam wey tak payah la aku malu!!! 😂 we didn't talk for long since I was about to go to sleep and esoknya tu isnin and kena kerja 🙄 "kalau aku boleh dengar suara kau hari hari kan best" sesak nafas aku dengar aduhhhh ko jangan mainkan perasaan aku boleh tak 💘 he also posted our pic that was taken on last friday on igstory with our faces covered.

Then my mom also called me that morning hihu. Love you mama!!! By the way, we have an early birthday celebration on Saturday muehehe and I'm touched for the cake since we never bought cake for birthday before :") thank you abah 🙆🏻‍♀

early celebration with the fam ❤

I got quite a lot of birthday wishes from people I know in hospital (thank you to those who wished me 😊). Thank you husna, aisyah, bella, dayah jess, kak bie, kak dila, haikal, yatt and everyone who wished walaupun aku rasa macam ni je yang wish kat hospital hahaha.

Pada hari jadi aku, aku kena rehat sensorang sebab semua orang buat lunch call huhuhu 😭 tapiiiiii masa on the way balik ke ipd dari surau, Fila yang awalnya nak pergi tempat lain terus datang tegur and jalan sekali ehehe bunga bunga gak la hati aku cewah.

Well, thank you jugak to all my friends yang masih ingat, whatsapp, dm dan buat birthday story 🤧 terharu!!

Meh tunjuk sikit birthday wishes dari manusia yang baik hati ihiks

Classmate untuk 2 tahun & geng Sophys

Primary & high school friend

Kakbie ppf lawo kat hti ehehe

Senior farmasi

Ciknot kawan mama 💖


Classmate sem 1 sampai 4

Metoprolol!! haha dayah kskb

Cousin <3

Junior Sophys

Deskmate form 4 & 5

Vip bestie 💛 2010 till forever

Ain kskb yang cantik muehehe

Crush hahahaha




Intan coursemate farmasi

Farah kskb geng stor

Keri junior Sophys

Minmin junior Sophys

Pka bestfriend masa sekolah rendah

Haffidzry bestie masa form 2!!

Senior Sophys 😄 dan secret reader kot dari sem 2 lol

Dua pupu ☺

The only guy bestfriend from high school hehe 2012 till forever

Bestfriend!!!! from 2011 until forever 💖

Junior Sophys and my only mentee

My zumba partner and classmate from sem 1 until 4

Kuasam mekti hahahaha jarang jarang aku post gambar buruk ni jadi silakan la tengok

Classmate sem 1 sampai 4

Junior dari skla, jess sampailah uitm 😂



Bestie vip 💜 2010 till jannah

Housemate for 1.5 year

Anak didik masa zumba

Foodmate hahaha

Gossip partner

Kakak senior yang paling comel!!

Aishah picom hehe



Anim akak jpk paling cun

Classmate form 4 and form 5

Junior Sophys

Classmate sem 1 sampai 4

Batchmate from mlt

Housemate!!

From 2008 till now and forever

Alolo junior Sophys yang manja!!



Adik muda sehari

Awww terharu!!

I love you too baby raksasa 😘

Classmate sem 1 sampai 4 yang terel english

Iffah picom

Aww thanks nisa :")

Housemate from one year

Peneman setia sebab kita dua selalu kena tinggal kat rumah lol

Amin, may Allah bless you too

Budak paling comel kat hti 😛

Vice pres Sophys

Rumet for 2 years 😭 the one yang selalu ajak buat benda baik

Malam tu sedih gak sebab housemates tak celebrate. Dengan yatt balik rumah dia, dba aku ingatkan lepak dalam bilik nisa. Memang nak nangis gak la rasanya sebab yelah aku kan not that important tho since I'm more to keep things to myself, buat hal sendiri and tak banyak sangat cakap. Well, aku faham la kalau tak diraikan pun lol. Betul-betul lepas seminit dua aku mengadu kat orang (takdelah ngadu pun cuma cakap aku sedih je sebab depa tak celebrate hahaha macam bebudak) tetiba diorang satu rumah datang dengan cakes and hadiah sambil nyanyi 😭😭😭😭😭 memang dekat situ jugak aku baring sambil nangis teruk. Sumpah teruk do sampai lilin pun cair 😂 To all my housemates; nisa, dba, nazirah, eyan, sarah, ecah, dayah (missing out yatt) thanks a lot for the cakes and presents huwaaaa terharu gila gila!! 😘 and macam biasa untuk everyone punya birthday, birthday girl akan suap cakes dekat semua orang hahaha. I'm so happy to be part of this geng rumah banglo 💖

Chocolate indulgence tu penting 💛

Masheh for the balloon!!

Now let's unboxing the birthday presents I received from my family and some of my friends yeheee 😋 #themostexcitingpart

Thank you mama hehe tahu je dompet yong koyak :(( abah tahu tahu je yong suka dompet hijau

Thank you abah 😛 this is exactly what I need
Thank you adikkk hahahaha aku takkan pakai kasut nih pergi kerja 💆
Thank you eyan & sarah!!!! Suka gila kasut ni sebab pink hehehehe and it fits me well doo hebat la korang

Thank you nisa 💝 I do love unicorn so muchhhhhh

Thanks nora!!!! 😭😭 I really need these handsocks and stokings tho

Beli untuk diri sendiri kot hahahahaha
Aww thanks kakbie! 💛

Aaaa thank you kak aiman!! 😋

Thanks naquib hehe dapatlah aku pakai tote bag baru
Yat!!!!! Thank you bagi anak patung sebijik macam puteh 💙 Aku suka gila weh

Alolo adibs!! Thank you bagi hadiah for me and mama jugak 🙆 purse tu srs cantik gilaaaaa

To the best mama in the world, Jama'iah Julaihi, terima kasih sebab lahirkan yong kat dunia nih. Terima kasih selalu jaga masa yong sakit, bagi kasih sayang yang tak terhingga even mama busy kerja untuk sara keluarga. Thank you mama sebab jadi my number 1 best friend yang paling terbaik tkde orang boleh lawan. Terima kasih sebab dengar aje segala bebelan dan cerita yong pasal itu dan ini. Thank you for being understanding especially kalau cerita pasal guys and crushes (lol). Thank you mama sebab selalu support yong lagi lagi masa hari sukan kat sekolah hehehe kuat gila mama jerit!! Terima kasih sebab ajar yong jadi manusia yang tak mintak duit orang lain even kat mama pun yong segan nak mintak unless desperate gila memang duit kosong huhu. Thank you mama sebab bagi green light dari dulu walaupun yong je yang malas nak gerak even traffic light dah bertukar. Thank you lovely mama sebab akhirnya mama bagi jugak yong pergi concert wanna one tahun lepas walaupun memula mama merajuk sikit ☹ tapi terima kasih sebab tanya best ke tak concert tu huhuhu it means a lot to me!! Terima kasih sebab tak marah walaupun mama dapat tahu yong beli albums & merchandises. Penat yong senyap senyap beli and simpan dalam almari rahsia, rupanya mama dah bukak banyak kali dah 😂 thank you untuk semuanya mama!! I wish nothing but all the good things for you. Yong doa supaya syurga untuk mama. Semoga umur mama panjang dan yong dapat bawak mama pergi umrah suatu hari nanti, aminn 💛

To my strong abah, Kapli Hop, terima kasih sebab selalu jaga yong walaupun yong ni cengeng teruk (kuat nangis) hahaha. Terima kasih selalu usaha untuk dapatkan duit lebih untuk mama yong dan adik. Terima kasih sebab ajar yong masak nasi hahahahaha 🤪 thank you abah dari dulu hantar yong pergi sekolah dan tuisyen hari hari walaupun terpaksa redah hujan dan panas. Terima kasih sebab hantar yong belajar kat penang dan perak 🤧 terima kasih sebab belikan kek birthday dan bagi duit kat yong. Abah, terima kasih sebab ajar yong apa itu erti hidup susah. Hidup dulu dan sekarang ada banyak beza Alhamdulillah. Thank you abah for everything!!!!!! Moga yong dapat berdikari dan banggakan abah nanti 🙆🏻‍♀

To my "eldest" cute sister, Nurul Asyiqin 👻 terima kasih la sebab selalu jadi kakak dalam banyak situation yang aku tak boleh nak berdikari. Selalu bawak aku naik motor pergi memana. Selalu belikan barang dan belanja. Thank you adik sebab jadi best friend aku no 2 ihiks harap kau jaga aku sampai bebila 😋 thank you selalu back up aku dan dengar bebelan aku setiap masa. Ingat, jangan selalu balik lewat malam!! Dengar sikit cakap mama abah tu ha 🤦🏻‍♀ terima kasih la support aku dengan crush aku luls padahal ko yang excited lebih. Kalau crush aku patahkan hati aku, aku tuntut janji kau untuk tumbuk dia hahaha k gurau jer 😂 walaupun kau tak suka kpop, aku happy sebab kau boleh makan korean food!! Since 2016 kau la geng aku kalau nak food hunting memana restoran korea ehehehe ❤ aku bersyukur gila ada adik macam kau tahuuuuu walaupun dulu kita banyak gaduh (we still do tho) tapi aku takleh hidup tanpa kau because you are my one and only sistur 😊

Lastly,
Crush bagi masa khamis malam hahahahaha ok pasal ni nanti aku cerita

Thank you everyone for all your wishes and prayers toward me, may Allah bless your souls 💞

Wednesday, 10 April 2019

serabut


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful


Allah, serabutnya fikiran aku sekarang. 

Banyak betul masalah dan manusia yang ada dalam otak aku.

Dan untuk seketika aku duduk atas sejadah, nikmati masa aku dengan Allah tanpa sebarang gangguan.

Allahu, tenang!! 💜 Tak terlintas langsung segala masalah dan bayangan manusia yang menghantui aku beberapa jam lepas. Andai kata aku boleh lenyapkan segala masalah dan manusia yang mencelarukan fikiran aku, alangkah seronoknya :))

Moga terus kuat, Aida. 

Saturday, 6 April 2019

crush teman kat stesen bas


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful



Assalamualaikum, hehe okay jom start cerita!!

Sejak hari khamis aku palaukan fila sebab hmm mungkin aku tak nak letak harapan tinggi-tinggi and takut end up sakit hati (?) Even semalam pun aku tak layan sangat, lagi lagi lepas menangis tak ingat dunia tu. Dia tanya okay ke tak, aku jawab Okay je kot insyaAllah.

Dahtu dia tanya aku jadi balik rumah ke semalam. Tak sangka lak dia ingat huhu. Lepastu dia tanya boleh tak kalau dia nak teman kat stesen bas. Aku macam Haaaaaa ikut kau lah tapi susahkan kau je tak payah la and suprisingly he came. Omg!!!!!! Kau jangan bagi harapan lelebih kat aku boleh tak eyyyyyy manade orang pernah teman aku kat stesen bas pastu siap bagi makanan lagi 😭

Hehehehe thank you!! 👻💛

Masalahnya kat stesen bas tu ada dba, ecah dengan dayah sekali tau!! Aku dah la tak bukak cerita langsung kat diorang pasal aku berkawan dengan Fila because of few reasons antaranya sebab rasa serba salah aku kat nisa. Dahtu ko rasa tak kantoi ke hahahahaha 🤦🏻‍♀️ ecah dengan dayah pulak pergi sengih kat aku aihhhhh budak dua ekor ni 🙃 tak borak banyak pun sebab bas dah nak datang kan, awkward do dah la aku segan sebab ada dba, ecah and dayah. Tapi okay jelah what's more important is I'm happy hahahaha 💞

Bila nak naik bas tu, dia mintak ambik gambar huhu so ya, there goes the first pic of me and my crush 🤪


Aaaaa weh aku terharu lahhhhhh 😭 macam mana nak move on kalau gini tsk tsk

Till then xoxo

Friday, 5 April 2019

diary of internship | tewas part 2


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful


Assalamualaikum, hello beautiful souls 🌻

Nampaknya harini incident air mata berulang lagi. Not the same error lah tapi I was caught by the same person, the scary bigboss. Huhu. Inj. Noradrenaline tak payah supply kalau bahagian floor stock. Hanya untuk patient basis sahaja. Jadi aku ni tersilap tulis patient basis and tak supply ubat tu sedangkan kat buku floor stock OT tulis inj. Adrenaline. Masalahnya benda tu boleh lepas kat first checker by ppf, which mean ppf tu pun tak check elok elok. Perasan pun sebab akak prp (pre-registered pharmacist) bagitahu, and bila aku nak betulkan dia kata tak payah sebab nanti tunggu bila last checker panggil. Aku cam hmm okay lah dah kalau dia kata gitu.

Sekali hamekkawwww bigboss yang jadi last checker untuk OT tu!! Dah la semalam kena marah dengan bigboss tu adoyai 😭 masa dia marah tengah hari tadi, dia pandang dengan expression Eyyy budak uitm ni lagi. Aku sedih sebab aku rasa aku bebal sangat macam mana boleh salah gitu. Dah tu bukan nama aku je yang kena, confirm confirm dia naikkan nama uitm tu sekali. Itu pun tadi dia bising dgn preceptor ipd kitorang (the one yang first checker bakul aku tu and boleh lepas, salah dia gak do), cakap Ish apalah boleh pulak dia tulis patient basis dekat inj. Adrenaline. Huwaaaa sedihnyaaa!!

Bengong betul aku eyyy benda kecik mcmtu boleh silap.

Dah tu pukul 12 tadi banjir lah ipd masa aku filling bin ward ICU untuk sorang patient. Dari nak buat lunch call harini, terus cancel. Ha tkde mood aku nak buat lunch call harini.

Sampai rumah apa lagi, aku sambung la nangis sampai sesak nafas. Sejam jugak lah aku nangis gitu ya Allah lama betul!! Aku nangis bukan sebab apa tau, aku rasa macam bebal sangat boleh buat salah macam tu (especially kena marah dengan bigboss) and rasa beban sangat sebab aku bawak nama uitm & rasa cam aku susahkan kawan aku yang lain kat sini.

Aku harap sangat minggu seterusnya (especially next week) aku dah tak buat silap macam ni. Walaupun orang kata kesilapan buat seseorang lebih matang & belajar lah apa la tapi dekat ipd, NO THANK YOU!!

Another 2 months to go, fighting dearself 💪🏻🙆🏻‍♀️

Till then xoxo

Thursday, 4 April 2019

harapan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful


Kadang aku sendiri keliru samada aku yang bagi harapan atau yang dibagi harapan.

Atau aku yang perasan, dan rasa lebih lebih. Haha.

I should give up on fila kan? Please say, yes.

diary of intership | akhirnya tewas


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful


Baru dua minggu masuk ipd, aku dah dapat rasakan betapa toksiknya department ni.

Nampaknya harini aku tewas. Baru pertama kali aku buat kesilapan pasal frequency and it was during lunch call where there are too many trolley to handle for a little number of students. Aku dah tepu. Dari pagi aku naik wards kutip bakul floor stock, lepastu buat kerja bahagian floor stock and after tu filling kat bahagian unit of dose (uod). Padahal bahagian uod tu bukan kerja aku pun tapi disebabkan tak nak kena sendir kononnya tak buat kerja, okay aku tolong. Harini trolley datang sekali berduyun sampaikan aku terpaksa rehat lambat. Sumpah banyak. Semput jugak la aku dibuatnya.

Masa tengah hari, ada 4 orang je yang buat lunch call harini. Memang kalut lah. Entah macam mana, aku tersilap pasal frequency. Manusia, mana pernah lari dari buat kesilapan. Lagi-lagi students yang baru nak belajar. Itu lah kali pertama aku buat kesilapan pasal frequency dan habis dihebohkannya kat semua orang.

Saya ingatkan budak uitm ni bagus sangat. Budak uitm itu. Budak uitm ini. Apa entah dosa uitm dengan orang kat sini pun aku tak tahu. Untuk pengetahuan semua, taraf budak uitm kat sini memang macam kuli aku jujur cakap.

Penat aku.

Aku serba salah sebab satu je, disebabkan satu kesilapan aku, habis semua kawan kawan aku yang lain terkena sekali. Itu paling aku benci sekali. Kalau nak marah aku, ok fine marah direct pada aku dan bukan dekat kawan aku yang tak tahu apa apa. Tak faham aku dengan manusia macam ni.

Dah tu pulak students kskb (aku referred kat 4 orang kat sini ok bukannya orang lain) yang tengah dekat bahagian floor stock sekarang ni bukan ada kerja pun. Asyik duduk borak. Ha tu langsung dia tak marah pulak. Asal students uitm buat silap sikit tak kisah lah sekecil kuman ke apa, uish pantang dia dengar.

Dekat ipd ni ada satu buku if ada sebarang error berlaku. Perghhhhhh penuh nama students!! Padahal hari hari mesti ada error yang dibuat oleh pegawai farmasi. Paling kurang pun sehari sekali lah kitorang yang students ni pergi jumpa pegawai tu untuk betulkan silap diorang (ha see!! kitorang yang betulkan diorang tau). Silap pegawai tu tak ada pulak tulis dalam buku 😤 aku rasa habis je attachment aku kat ipd, dalam logbook bahagian problem atau suggestion tu aku nak suruh kesilapan yang dibuat oleh pegawai farmasi pun ditulis sama dalam buku error.

Aku dah penat buat banyak kerja tapi tak ada orang pandang tapi bila aku duduk kejap uish itu dia nampak je. Hangin gak la aku 😷 tak sangka jugak baru masuk minggu kedua aku dah nangis huhu i am really hoping praktikal ni habis cepat!!!!! 😭 nasib jugak takde junior kitorang pilih kat sini. Biar padan muka bila takde students nak tolong. Baru tahu langit tu tinggi ke rendah.

Till then xoxo

Tuesday, 2 April 2019

diary of intership | record punch card 5 petang


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful


After 2 months kekalkan record punch card tepat pukul 5 petang, nampaknya harini dan hari seterusnya gagal. Tsk tsk. Budak praktikal semua disuruh untuk dahulu orang yang bekerja untuk balik dulu. Tapi,,,,,hm kami budak praktikal pun bekerja seharian jugak ☹

Till then xoxo