Friday, 16 February 2018

second and third semester results

Salam.


Aku dah jawab salam uitm kat email 📧 Korang dah jawab ke belum? Huhu nervous beb. Menggeletar satu badan. Hanya mampu doa je moga Allah beri yang terbaik. 

Kalau ada yang selalu tengok blog aku ni, bila baca title post ni confirm laju je kan click. Hihi mesti nak tahu. Jangan lah excited huhu korang akan kecewa sebab result aku tak gempak mana. Masa result semester 1 dulu aku dengan beraninya tunjuk sebab 1) tak ada siapa yang baca blog aku ha yelah followers dulu 1 je haha 2) result aku kira okay lah ha boleh lah 💛 tapi still nak letak juga as a post sebab ni diary aku kan so later bila dah semakin tua aku boleh lah tengok balik. Sebagai pembakar semangat also. 

Tepat pukul 12 am, aku terus check email. Dah berminggu aku tunggu and finally the day has comes. Tunggu dan tunggu sampai lah pukul 12.30 am tapi still tak dapat satu email pun. Gelabah biawak aku dibuatnya. Check students portal balik, kot kot lah ada something yang aku lupa bayar. Hutang uitm ni jangan dibuat main. Haha. All checked, semua bil dah settle ✅ Hmm tapi kenapa still tak keluar lagi eh result? Lepas tanya housemate yang mpp rupanya pihak pengurusan send email secara berkala (itu ke ayat yang betul haha main hentam je) start from degree to diploma. Ha yelah, ramai kan budak uitm kat Malaysia ni. Tapi dia ada suruh aku download 2 apps yang boleh tengok result right away. Apa lagi, dengan sepantas kilat aku download. My third semester's goal adalah deanlist dengan harapan pointer sem lepas yang dah jatuh tergolek tu naik lah sikit 📈 

Sambil selawat, aku masukkan nombor kad matrik dan password dalam UiTM Digital Campus app and direct to iStudent app. Click "Exam result". Lup dup lup dup. Laju gila jantung ni berdegup. Tutup mata sekejap sambil scroll kebawah. Buka mata dan tengok. Lama juga aku perhati result aku tu. Dalam hati "Bersyukur lah Aida, you did well. Mungkin itu yang terbaik. Bersyukur pada Allah" tapi aku masih rasa sedih. Adakah itu tanda aku hamba yang tak bersyukur? Allahu, ampunkan daku ya Rabb 😖 Aku menangis dan menangis. Bila dah berhenti, aku rasa lega sikit. Tapi perasaan sedih tu masih ada. Dan berlarutan sehingga keesokan harinya. Tapi aku still cakap kat diri aku untuk tak lupa bersyukur dan berterima kasih pada Allah 💖 

Ha panjang lebar dah kan, mari lah sama sama merenung result ku yang tak seberapa. Berani mati betul tunjuk result exam kat sini. Huhu dah lah tak gempak (yang dapat dekan dan four flat tu mohon jangan gelakkan) 

Result sem 2 iaitu zaman kegelapan dan kejatuhan aku
Boleh nampak ke tu hihi 

Result sem 3 hurm naik sikit lah 0.2 huhu tapi cgpa turun by 0.01

 So yezz itu lah result aku. Pelik juga sebab nak dibandingkan dengan semester lepas, aku langsung tak tengok drama-drama baru and sepanjang semester 3 ni cuma 2 movies je yang aku tengok (serious!) tapi tulah mungkin sebab aktiviti banyak sangat kot aku join. Huhu total jam aktiviti sepanjang semester 3 aku ialah 77 jam ⏰ Feel kinda proud a lil bit ha yelah banyak gila do 😊 Tapi masa yang aku spend untuk belajar tu ha ye aku mengaku memang kurang nak dibandingkan dengan semester 1. Malu lah aku dengan kawan-kawan yang lain especially exco perempuan Sophys. Diorang semua terel gila, result dari semester 1 memang gempak 😞 Moga semester 4, Nurul Aida binti Kapli boleh dapat yang lebih baik, Amin 💪 #fightingdearself

Wednesday, 14 February 2018

Bertam Sport Carnival: Modern in Tradition

Salam.


I was supposed to write this up right after the program ended but it has been delayed for months already huhu. Dah sekarang ni apa yang aku nak cerita pun dah tak berapa ingat sangat. Mana yang ada jelah ek.

I'll make this very short, just less writing and more pictures. Is that okay? I assume, yes. Hehe. Okay so, hurm ni program Sophys yang keempat which was our second last for semester 3 (mine was the last, I've posted it already if you haven't read it then click here).

The preparation has been made 2 weeks early sebab kp and pkp tak nak ganggu kitorang masa tests & quizes week :") Hurmm yelah sebab dah masuk bulan November ni lagi banyak lah segala macam tests, quizes, due date assignments & preparation untuk presentations fuh semput 💦

Kitorang pernah meeting kat surau sampai pukul 12.30 malam tau sebab nak settlekan segala macam hal yang timbul. Even though dah lewat gila tapi rasa seronok sebab dapat rasa kesungguhan masing masing. Bonding time lah kiranya. Eceh padahal dah mengantuk tersengguk-sengguk ha 😂 Few days before program, masa tu lah nak beli hadiah, kain rentang, hiasan dan segala macam benda yang patut dibeli. Macam biasa, sama ada Diba, Zetwe atau Jiha yang akan drive. Ha yelah kalau nak harapkan aku, sampai hujung tahun depan pun tak bergerak kereta tu 🚘 Aku ditugaskan sebagai AJK Keusahawanan (tak habis lagi keusahawanan aku tu haiya I need something else meh) dengan Sayuti. Tugas kitorang adalah untuk cari peniaga luar dan juga students yang nak buka gerai masa hari program. If you know me, I hate to socialize with people. Especially strangers omg aku tak tahu topik apa yang nak dicakapkan. Jadi tugas yang aku dapat ni, sedikit sebanyak bantu aku untuk berurusan dengan orang luar.

The night before, semua Exco Sophys perempuan berkumpul kat rumah Shida' haha asyik rumah dia jelah yang jadi mangsa 😌 Kitorang nak buat kain rentang and hiasan untuk Bertam Sports Carnival so yezz kitorang lukis sendiri, cat sendiri, jahit sendiri, print sendiri, gunting sendiri, tampal sendiri etc. Kitorang mengharapkan Shida jelah yang lukiskan untuk kain rentang sebab kalau nak suruh aku dengan Yat hahaha kang tak rupa apa pula hee setakat lukis orang lidi tu kitorang terel lah 😋 Lama juga lah nak cat nya ha yelah konon nak buat two-tone alahai last sekali satu warna je keh keh nampak lah bakat seni tu macam tenggelam tak timbul-timbul. Habis je cat tu kitorang print and tampal hiasan untuk photobooth, hm quite a lot juga lah nak kena siapkan sampai around 2 am baru settle semua benda. Sebab tu jugalah aku tidur kat rumah Yat (lagi sekali 💖) sebab senang nak bangun pagi semua kang terlajak tidur kat bilik sendiri susah pula kan adeh.



Ha ko tengok ni betapa gigihnya Yat jahit

Pagi tu 4 November 2017 Alhamdulillah redup. Risau juga kalau-kalau hujan hm yelah kitorang punya aktiviti ni outdoor so, memang bergantung sangat lah dengan cuaca. Tugas aku pada hari program hanyalah lawat gerai yang buka then minta duit sewa tapak dari peniaga luar. Easy peasy. Lepas sahaja perasmian oleh Dr. Izani ada senamronik sikit ewah nak panaskan badan gitu 💃 Selepas tu bermula lah merentas desa tapi untuk program ni peserta diharuskan memakai kain batik atau kain pelikat. Tak kisah lah nak buat jadi skirt ke tengkolok ke ninja sekalipun, asalkan ada. Baru lah melambangkan "tradition" tu hehe. Tak jauh pun larinya, pusing dalam kawsan UiTM pastu kat kawasan luar sikit. Baru je dalam 10 minit larian bermula, hujan dah turun. Lebat pula tu Allahu. Nasib lah masa tu hampir semua students dah sampai kat garisan penamat. Disebabkan hujan yang tak tahu bila nak berhenti, kitorang berkumpul dalam Dewan Terbuka. Tak lama lepas tu, hujan stop. Apalagi, kita start lah dengan games. Macam-macam ada. Netball, bowling kelapa, giant ball etc. Tapi tulah, on off on off je games tu sebab hujan. Serious lebat gila, dengan angin kuat lagi. Aku kesian pula dengan pakcik makcik gerai yang buka huhu. Kesian semua ajk yang terpaksa mandi hujan untuk jayakan program. Aku antara yang baju kering tak kena hujan ehe hello bukan nak mengelat ok 😒 I'll tell you the truth at the end of this post. Maka, disebabkan oleh hujan yang lebat dan tak henti-henti turun dari pagi, masa program ni pun dengan tak sengajanya dragged sampai pukul 2.30 petang macamtu. Ha aku rasa sampai sini jelah kot yang penting 😉









Exco Sophys 17/18


Exco Sophys & Seki


I'd a bad cough for a month dari second week of third semester. Aku ingat batuk biasa jelah kot sebab aku degil tak nak makan ubat tapi batuk berkahak. Dari warna hijau ➞ coklat ➞ sekali tu ada darah sikit. Ha gila engko tak cuak adeh berdoa banyak lah harap semuanya ok. Pergi klinik, doktor bagi antibiotik and pesan kalau habis antibiotik tu still batuk juga terus pergi hospital untuk checkup tapi Alhamdulillah everything was fine so yeah tak yah pergi hospital. Sebab tulah aku tak mandi hujan sebab takut demam and condition jadi makin teruk. Aku batuk teruk gila duh dalam dk (dewan kuliah) batuk kuat gila aku rasa macam menganggu orang lain punya concentration huhu maafkan diriku yang lemah wahai kawan. Itu jelah ha that's the truth gais.

Bye, annyeong!

Saturday, 10 February 2018

Feed the Needy: Reach Out to Help

Salam.


This is one of my dream. And finally it came true 🌜🌠


After a lot of worries, sleepless night, running here and there, going back and forth to HEP, settling the required documents, searching for different non-government organization to collab, changing time, date and places, rearranging new tentative, several times of night meetings, unexpected challenges and obstacles, Alhamdulillah my program is a success!

Phewww one burden has been lifted 😅

I was very sensitive about a lot of things.

I become more and more emotional. Even at small little things.

Kritikan dan kutukan, aku telan.

Menangis dalam diam.

Nasib lah ada kawan-kawan, junior & parents yang sentiasa dan tak henti-henti support dari depan dan belakang :")

Ok let's start 🏁

I could say almost 85% of my actual plan has changed. The non-governmental organization, the date, the time, the tentative and also the places changed. The problem with the bus provided by my uni made things even more complicated. The bus broken down and it was sent for repair. Luckily, we received other bus for the program. Gosh, I swear I prayed hard.

Okay boring and stress, I'll jump to donation right away.

After days (not including the months before) of blood, sweat, and tears, everything starts to run smoothly. Syukur, alhamdulillah 💖

I wanted to thank my teammates; Yat, Buza, Zetwe, Jiha, Shida and also to Pahdeng who are willing to help us out to collect donation from students and staffs. It's a bunch of work, y'know to go from one house to another, dari Aras 1 sampai Aras 10 in one night. I was really really sorry I couldn't give a helping hand as I had some UBFest meeting with the juniors. I was REALLY suprised at the total of money that had been donated to us including through online banking & also 10 packs of rice and detergent powders that we received. I wasn't expecting it to be that much though. Alhamdulillah 😊

Brief meeting

The next day, as we had planned, all 16 of us went to the Tesco nearby untuk beli barang keperluan yang boleh kitorang bagi pada gelandangan dan fakir miskin. Can you imagine 7 trolleys just for us? Nasib baik bukan 10 trolleys tau HAHAHA. It was insane 😂 tapi seronok sangat sebab dapat pilih makanan untuk mereka yang kurang bernasib baik. Kitorang nampak macam budak-budak yang main lari lari kat mall. Dengan bergaduh nya, dengan barang penuh kat tangan, dengan buku nota untuk kira budget lepastu tersalah kiranya. Gelabah habis. But it was one of the best things happened in 2017 💞



My squad









Lama juga kitorang kat Tesco 🏢 Dari petang sampai malam. Itu pun kitorang berempat je (Jiha, Zetwe, Yat and I) yang stay sampai malam sebab ada barang lagi yang nak dibeli. Thanks Buzz sebab jemput kitorang kat Tesco walaupun kau ambil lambat HAHAHA tapi seronok kenakan Zetwe dengan Buza 😋 Kitorang berebut nak duduk belakang sebab nak biar Zetwe duduk depan 🚘 Hehe sorry Zetwe! Balik je kolej terus letak barang kat bilik. Then, turun balik bawah pergi Dewan Terbuka sebab ada program Bertam Night Walk Balloon handled by Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK). It was fun, since each of us get neon bracelet and also balloon. Tapi disebabkan kitorang busy and dah penat, kitorang naik bilik awal 30 minutes before the program ends. Had a cool shower, changed clothes and terus pergi rumah Shida dengan Nisa'.

Tepat pukul 12 tengah malam, semua exco perempuan Sophys termasuk sekali Seki berkumpul kat rumah 10-01 untuk packing barang-barang yang nak disumbangkan dalam plastic bags dengan recycle bags. Thank god everything didn't take too much time so, we could go sleep early. That night, I took my blanket, pillow and phone changer from my room and headed to Yat's house which is 2 floor above mine. Selalu jugak (taklah selalu sangat tapi ok lah) tidur rumah dia sebab settlekan programs. Best ok tidur dengan Yat & Zetwe hehehe dengan teddy bear besar 🐻




26th November 2017

Pagi tu sunyi gila. It was raining. I am thankful enough it wasn't a downpour. Alhamdulillah after about 30 minutes, the rain has stopped. Although the weather forecast predicted heavy rain would be coming but luckily, it wasn't.

Seperti yang dah diberitahu, semua orang pakai tshirt Happy Pills (our batch punya baju) & exco perempuan semua pakai tudung bawal pink hehehe cute what ☺ Aku sempat lagi tengok Mnet Asian Music Awards (MAMA) kat youtube dengan Pojie sementara tunggu yang lain siap. Lepastu around pukul 8 pagi dah angkat semua barang yang nak disumbangkan dari tingkat 10 ke kafeteria. Tugas Jiha untuk bagi name tags to all participants, done ✅ Then, pergi ambil breakfast yang AJK Makanan dah order. Peserta pun daftar and setiap seorang dapat makanan & minuman. Total peserta termasuk pegawai pengiring & anak Madam (hehe hi Amzar) - 40 orang. Tunggu bas dalam pukul 11 pagi then masukkan barang dalam bas. But before we take off, ambil gambar dulu. Perkara wajib tu 😋







The journey to Masjid Kapitan Keling took almost 45 minutes (± I couldn't remember). Okay skip this part.



Sampai je sana dah pukul 12.35 tengah hari. Disebabkan jalan jam kitorang sampai lambat sikit dari yang dijangkakan. Rushing sikit sebab sepatutnya pukul 12.30 tengah hari dah start edar makanan kat gelandangan. Pada asalnya, pihak Islamic Charity Society (ICS) nak edarkan je dulu sebab kesian biar gelandangan tunggu tapi Alhamdulillah dengan jasa baik mereka, pihak ICS tunggu kami. Dapat lah kitorang merasa pengalaman untuk bagi sendiri makanan pada golongan yang kurang bernasib baik ni, Alhamdulillah. Ingatkan lama prosesnya. Maklumlah, first timer huhu.




Tak ambil masa yang lama pun rupanya. Tapi masa yang sekejap tu lah yang sebenarnya bagi impak kat jiwa. Mixed feelings; sedih, sebak, simpati dan syukur. 

Allahu.

"Mana anak diorang?"

"Macam mana diorang boleh jadi macam ni?"

That was exactly what I was thinking at the time.

Paling kesian bila ada seorang dua yang tak dapat makanan 😔 Sebab kami tak bawa banyak sangat makanan untuk gelandangan. Tapi lain kali, insyaAllah. 

Habis je sesi pengedaran makanan untuk gelandangan, pihak ICS bawa kitorang ke charity shop diorang yang tak jauh dari Masjid Kapitan Keling. Jalan kaki je senang. Tak sampai 5 minit pun. Kat situ pun tak ambil masa yang lama. Sekadar sedikit perkenalan dan taklimat pendek dari pengerusi ICS iaitu Encik Zamri. Malu beb bila Encik Zamri puji aku. Depan budak batch aku pula tu. Huhu. Aku punya sembunyi belakang budak perempuan yang lain. Habis aje taklimat, kitorang terus pergi Masjid Kapitan Keling disebabkan dah masuk waktu Zohor. 








After selesai solat Zohor berjemaah, kitorang berkumpul balik kat tempat awal kitorang turun. Lama juga tunggu bas datang sebab jalan jem. Risau, risau tapi Alhamdulillah nampak yang lain happy je. Selfie bukan main HAHAHA 😂 

Termasuklah aku hahahaha

Our next destination is, Taman Mangis - flat. Kat situ ada beberapa rumah yang kitorang pergi - ikut group yang AJK Keselamatan; Nisa' dan Nuel dah tetapkan. Aku dapat pergi kat 2 buah rumah yang ada kat situ. Ikut group masing-masing. Rumah pertama yang aku pergi dengan group aku serious sedih sangat. Jiha nangis sebab sedih tengok keadaan rumah dan kehidupan diorang.





Nik & anaknya hahahaha


Ingat, sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Mungkin ada orang yang lebih susah dari kita
#selfreminder

Belum habis lagi. After selesai kat Taman Mangis, kitorang gerak ke Kampung Makam pula. Ok yang ni rumah sebuah-sebuah. Macam kat kampung tu. Nak ke rumah orang yang kami nak bagi sumbangan tu kena jalan kaki. Sebab jalan sempit. Diameter cukup cukup untuk sorang lalu. Fuh, seb baik muat. Hehe. Bilangan rumah yang kitorang pergi kat Kampung Makam ni dalam 4 buah rumah, tak silap. Ikut turn group juga. Tapi aku bantai je, ikut je semua group hahaha lagi banyak pergi, lagi banyak pengalaman. 






Kebanyakan keadaan rumah kat Kampung Makam tu tak berapa nak elok. Still dalam proses pemulihan sebab banjir. 

After selesai semua, kitorang ambil gambar for the last time with Islamic Charity Society. Get into the bus & semua tertidur kepenatan. Alahai kesian. Tapi ada seorang je yang tak penat, Becca. Aku kagum gila dia still boleh baca notes sepanjang perjalanan balik tanpa rasa ngantuk. Wow hebat! 👍


Here, I want to thank every single of you who participated in my program. Thank you sebab sudi jadi sebahagian daripada kami untuk membantu masyarakat yang kurang bernasib baik di luar sana. Terima kasih sebab sanggup letakkan tests dan quizes kat tepi sekejap untuk bantu gelandangan dan fakir miskin. Moga korang semua diberikan pahala oleh Allah kerana membantu orang lain. Semoga korang terus menjadi insan yang membantu masyarakat & umat Islam, insyaAllah. Terima kasih juga kepada semua yang dah beri sumbangan dalam bentuk wang mahupun makanan & barang keperluan lain. May Allah bless your souls, Amin 💛 

Thank you my dear excos for helping me out throughout the event. This program won't happened and running smoothly without you. Thank you Sayuti for being a nice Penolong Ketua Program for me. Thanks Jiha & Umar - for the name tags and partipants list & many more, Yat & Buza - for collecting a huge amount of donation, Shida & Azib - for the kupon aktiviti dan cenderamata, Nuel & Nisa' - for putting our safety as a priority, Ali & Zetwe - for designing a beautiful banner and name tags for us, Nik & Diba - for giving us delicious breakfast & late lunch (pretty much a dinner kot hihi) and also to Piji & Becca - for the report and support. Terima kasih juga kepada Madam Dini & Dr Siti sebab banyak bantu kami 💜

Aku bersyukur sangat akhirnya berjaya juga program yang aku rancang ni. Terima kasih Allah, sebab permudahkan segalanya. Aku menangis teruk sebab kerja 2 orang tapi yang buat sorang ha faham tak aku punya beban tu macam mana. Menangis tu of course lah kan, tak payah cerita. Tapi ada hikmahnya sebab kalau tak, I'll never know yang aku mampu buat semua benda ni sendiri hehe 💆

Ps:/ we actually had problem with the certificate that were meant to be given to the organization as Dr Izani wasn't in his room for the whole day and it was Friday so, faham-faham jelah. Thanks to Madam Dini and Dr. Siti's helps, the problem has resolved.

Adios!